Header Ads

Niat Kumpulan Pakatan Harapan Untuk Agihkan Kurma, Didakwa Dikasari Dan Diusir Peniaga Bazar Ramadhan Kluang


Tular rakaman video yang memaparkan sekumpulan pemuda telah mengasari rombongan Pakatan Harapan di sebuah bazar Ramadan semalam telah berjaya menarik perhatian netizen.

Rakaman video yang berdurasi 2 minit 28 saat itu jadi tular sejak semalam yang merakamkan tindakan kumpulan pemuda terbabit menghalau rombongan Pakatan Harapan yang diketuai Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang juga memegang jawatan Pengerusi DAP Johor dan Pengarah Pendidikan Politik DAP.

Melalui laporan New Straits Times, rombongan itu telah memasuki bazar untuk mengagihkan kurma kepada penduduk setempat yang berkunjung ke bazar Ramadan tersebut.

Secara tiba-tiba sekumpulan pemuda muncul dan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada rombongan tersebut. Salah seorang pemuda berbaju merah dengan nada yang kasar boleh didengari berkata,

Sini orang nak berpuasa, tahu?! Orang hendak berniaga, tak payah!”

 Malah ada yang mengatakan lelaki berbaju yang merah telah menghayun tangan sehingga terkena pada muka salah seorang individu yang mengikuti rombongan berkenaan dan Liew seingga cermin matanya terjatuh ke tanah.

Laungan ‘Allahuakbar’ juga dapat didengari yang diucapkan oleh beberapa pemuda lain dan orang yang berada berdekatan yang cuba  meredakan keadaan.


Menurut Liew, mereka telah pun mendapat keizinan daripada urusetia bazar terbabit terlebih dahulu sebelum mengagihkan kurma kepada orang ramai dan kejadian pada jam 5.45 petang itu tidak seharusnya berlaku, katanya.

Kami dikasari, dimaki, dicaci dan dihalau. Sepatutnya bulan Ramadan yang mulia ini tidak patut dicemari dengan kekerasan, kebencian dan kata-kata kesat serta kekasaran sebegitu.”

Rata-rata netizen yang menonton rakaman terbabit memohon maaf dan berkata tindakan sekumpulan pemuda itu sungguh memalukan dan disifatkan amat melampau.

Bagi pihak umat Islam yang mencaci YB dan kumpulan, saya pohon jutaan kemaafan. Sesungguhnya, apa yang mereka lakukan itu langsung bukan dari ajaran agama Islam.



Mereka telah merosakkan imej bangsa dan agama, malah memberi teladan yang tidak baik kepada remaja generasi yang akan datang, jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.