Header Ads

Panggilan Palsu Dari Bank Yang Diterima Lelaki Ini Hampir Membuatkan Dia Tertipu Dengan Taktik Terbaru SCAMMER

Kita sering mendengar tentang kes penipuan panggilan palsu dari bank yang menipu ramai mangsa melalui telefon dan kes sebegini masih lagi berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira jantina.

Terbaru satu kes yang serupa telah berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Dan Chan yang berkongsi bagaimana beliau telah menerima satu panggilan palsu daripada seorang scammer yang dipercayai menggunakan nombor telefon sebenar sebuah bank yang dikenali di Malaysia.

Gambar Sekadar Hiasan
Seperti yang diceritakan Dan Chan menerusi akaun Facebooknya;

Panggilan Palsu Dari Bank

Satu suara yang dipercayai telah dirakamkan ketika menerima panggilan itu dan memaklumkan kepada Dan bahawa beliau tidak membayar hutang yang dipinjam selepas selama 3 bulan. Dan dikatakan telah berhutang sebanyak RM3,375.00 dengan pihak bank berkenaan dan sekiranya Dan mempunyai sebarang soalan atau kemusykilan, dia diminta untuk menekan nombor 9 di skrin telefon.

Selepas itu, seorang pegawai khidmat panggilan akan menjawab panggilan lalu memaklumkan apa yang telah disampaikan oleh suara yang telah dirakamkan tadi.

Pegawai berkenaan kemudiannya meminta nombor telefon milik Dan serta berkata selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati bahawa Dan telah membuat dan mengambil pinjaman tersebut yang berjumlah RM50,000 daripada bank terbabit.

Walau bagaimanapun, Dan telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman, malah perbualan Dan yang bermula dengan sopan tadi terus bertukar menjadi panas ekoran Dan tidak mengakui tentang apa yang dikatakan oleh pegawai khidmat pelanggan itu.

Menurut Dan lagi, pegawai itu tetap mengatakan bahawa Dan telah mengambil pinjaman dengan biadap dan turut menyoal sekiranya mangsa ada datang ke Pulau Pinang beberapa hari lalu, Dan telah mengakuinya.


Seterusnya pegawai itu telah menawarkan Dan untuk berhubung dengan pihak polis sekiranya Dan ingin membuat laporan tentang perkara berkenaan. Dan telah menyambut baik dengan penawaran pegawai itu serta terus disambungkan ke talian 999.

Kemudiannya seorang lelaki didapati menjawab panggilan berkenaan dan mengatakan panggilan yang diterimanya itu di balai polis Pulau Pinang. Ketika itu Dan telah menyedari bahawa dia telah pun ditipu dan dengan segera dia memutuskan panggilan tersebut.

Perkara pertama yang menjadi kemusykilan adalah sebagai seorang pegawai khidmat pelanggan tidak sewenang-wenangnya akan berlaku biadap terhadap pelanggan.

Perkara kedua, adakah seorang juruwang boleh menghubungkan semua panggilan dari pelanggan secara terus ke talian 999?

Perkara ketiga, panggilan disambungkan ke talian bernombor 999 tetapi dijawab oleh balai polis Pulau Pinang, jelas semua ini adalah penipuan yang dirancang.

Bagi mendapatkan kepastian, Dan akhirnya membuat keputusan untuk menghubungi pihak bank terbabit untuk mendapatkan kesahihan. Selepas panggilan dibuat, Dan mendapati dirinya memang telah ditipu dan yang amat mengejutkannya apabila pihak bank itu turut memberitahu penipuan sebegini telah lama berlaku. Dan turut dimaklumkan bahawa scammer berkenaan boleh menghubungi sesiapa saja terutama mangsanya dengan menggunakan nombor telefon milik mana-mana bank dengan menggunakan kemajuan teknologi terkini.

Perkongsian yang dikongsikan oleh Dan kini jadi tular di media sosial dan turut mendapat puluhan ribu perkongsian yang membuktikan bahawa netizen turut memberikan perhatian terhadap kes sebegini, malah beberapa netizen turut mengakui pernah mengalami permasalahan yang sama di mana telah mendapat panggilan palsu sedemikian.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menerima panggilan yang meminta maklumat bank dan sebagainya, kerana penipuan seperti ini masih lagi berlaku dan berleluasa di mana sahaja.

Berikutnya adalah contoh rakaman panggilan palsu dari scammer.


No comments

Powered by Blogger.