Header Ads

Pasangan Suami Isteri Menipu Orang Ramai Dengan Berlakon Menjadi Pengemis Untuk Meraih Simpati Untuk Tinggal Di Hotel Mewah

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat keprihatinan dalam hal-hal menderma dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, malah kebanyakannya memberi dengan penuh keikhlasan kerana simpati dengan golongan yang tidak bernasib baik.

Foto - BH Online
Tetapi, tiada siapa menyangka kerana masih lagi ada mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keprihatinan mereka sehingga ada yang sanggup menipu semata-mata ingin mendapatkan perhatian serta kesenangan dengan sekelip mata.

Laporan dari akhbar The Star menyatakan, satu pasangan pengemis yang dipercayai baru sahaja dihalau dari negeri Sabah dengan arahan pihak polis kerana pasangan terbabit dikatakan tamak dan pemalas untuk mencari rezeki, sebaliknya mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.

Pasangan itu dipercayai sanggup berlakon menjadi pengemis di sekitar kawasan Kota Kinabalu dan watak yang mereka lakonkan amat menyakinkan orang ramai untuk meraih simpati. Si suami dikatakan dari Jordan yang berusia 56 tahun dan isterinya berusia 48 tahun yang berasal dari Kota Belud.

Si isteri dikatakan sanggup duduk di atas kerusi roda biarpun dia sebenarnya boleh berjalan manakala si suami pula akan menolak kerusi roda berkenaan bagi mendapatkan perhatian orang ramai supaya membantu mereka yang dalam kesusahan. Itulah cara mereka melakonkan watak dengan taktik supaya dikasihani orang ramai dan masyarakat setempat.

Pasangan terbabit begitu licik menipu sehinggakan turut meminta unutk menginap di beberapa hotel pilihan mereka sendiri seperti Grand Hotel Borneo serta dikatakan mereka tidak membenarkan orang yang mahu membantu mereka itu buat pilihan untuk penginapan mereka.

Foto - The Star
Difahamkan, beberapa hotel di bandar itu turut menyenaraihitamkan serta menghalang pasangan terbabit dari memasuki hotel mereka setelah mendapat tahu tentang penipuan mereka yang mengambil kesempatan di atas keprihatinan orang ramai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, semenjak pasangan terbabit berada di Sabah, mereka sering merayau-rayau di kawasan bandar raya serta turut menagih simpati orang ramai demi mendapatkan wang mudah dan juga kesenangan.

Foto - Malay Mail Online
Setelah pihak polis membuat siasatan serta semakan ke atas pasport milik pasangan berkenaan, polis mendapati pasangan terbabit sering pergi ke beberapa negara untuk bercuti sebelum ini. Chandra turut berkata, pasangan berkenaan telah dihantarkan pulang ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan AirAsia daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dua hari lalu.

Sungguh memalukan kerana di usia sebegitu sepatutnya pasangan berkenaan telah berubah ke arah yang lebih baik tetapi telah berbuat demikian. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pasangan ini kerana berkemungkinan mereka turut melakukan perkara yang sama di Kuala Lumpur.

No comments

Powered by Blogger.