Header Ads

Pelajar 17 Tahun Ditemui Mati Selepas Terjatuh Dari Tingkat 15 Bandar Puteri Puchong


PUCHONG - Seorang remaja berusia 17 tahun dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat 15 di sebuah pangsapuri di Bandar Puteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mayat mangsa ditemui oleh seorang pengawal keselamatan berhampiran dengan tempat letak kereta yang berada tingkat bawah di salah sebuah blok pangsapuri terbabit.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, selepas siasatan dilakukan di tempat kejadian, pihaknya telah menemui sepasang selipar, beg pakaian dan juga sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Menurutnya lagi, mangsa yang berusia 17 tahun itu telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tangan kirinya.

Melalui siasatan itu juga pihaknya mendapati mangsa sebenarnya tidak tinggal di pangsapuri tersebut tetapi bapanya dikatakan mempunyai sebuah rumah di situ. Dia dan adik beradiknya sering datang ke kolam renang pangsapuri tersebut untuk mandi-manda.

Tiada sebarang tanda atau unsur jenayah yang ditemui di lokasi kejadian di badan mangsa di mana mangsa ditemui mati, jelasnya.

Siasatan berkaitan dengan kematian mangsa masih lagi giat dilakukan untuk mendapatkan punca bagaimana kejadian itu berlaku.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.