Header Ads

Pemandu Grab Kurang Ajar Dan Biadap Mengutuk Penumpang Pelancong Dari China Teruk Dikecam Netizen


Rakaman seorang pemandu Grab lelaki yang didapati memaki hamun pelanggannya jadi tular dan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu menunjukkan pemandu berkenaan sedang membawa dua penumpangnya yang dipercayai pelancong daripada negara China. Mungkin kerana pelancong berkenaan mempunyai masalah dengan komunikasi, lelaki berkenaan telah mengutuk serta memaki kedua pelancong berkenaan dengan menggunakan Bahasa Malaysia.

Melalui rakaman itu, pemandu terbabit dilihat mengutuk nama tempat tinggal pelancong berkenaan serta dengan pakaian yang dipakai mereka bercorak belang.

Hari ini ada bawa pelanggan dari China. Dia daripada ketumbit (sejenis penyakit mata), bodoh ini, dia orang pakai baju belang ini.

Kemudiannya lelaki tersebut terus menerus mengutuk serta memaki pelancong berkenaan sesuka hati tanpa ada rasa bersalah memandangkan mereka tidak memahami apa yang dikatakannya.

China anak musibat! Sangat bagus, kita ada pelanggan China bodoh-bodoh macam ini.



Berikutnya adalah respon serta kecaman daripada netizen berhubung rakaman berkenaan yang disifatkan pemandu Grab tersebut kurang akal.








No comments

Powered by Blogger.