Header Ads

Pembantu Rumah Menekup Bantal Ke Wajah Majikannya Sehingga Mati

KAJANG - Seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia ditangkap polis kerana didakwa telah membunuh majikannya sendiri dengan menekup bantal ke wajah mangsa, lapor Mstar.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, pihaknya menerima laporan awal bulan ini berkaitan dengan seorang wanita yang berusia 65 tahun ditemui tidak sedarkan diri di atas katil dalam keadaan wajahnya ditutup dengan bantal di rumahnya.

Pihak polis menemui mangsa di dalam bilik utama selepas jiran-jiran mangsa memaklumkan bahawa tiada sebarang bunyi bising di rumah berkenaan dan adik mangsa turut memberitahu tentang pintu rumah kakaknya itu telah dikunci daripada dalam, jelas Othman.

Mangsa yang telah bersara tinggal di rumahnya itu bersama dengan seorang pembantu rumah yang berusia 25 tahun, manakala suami warga emas berkenaan dipercayai telah meninggal dunia semenjak 15 tahun yang lalu dan mereka tidak mempunyai zuriat, katanya.

Hasil laporan bedah siasat yang dilakukan telah menunjukkan bahawa mangsa meninggal dunia kerana disebabkan asphyxiation serta terdapat satu kesan gigitan pada puting payudara kanan mangsa.

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan seorang wanita pada Khamis lalu berdekatan dengan Negeri Sembilan dan polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes jenayah berkenaan iaitu seorang warga Indonesia yang berusia 29 tahun.

Mereka kini ditahan reman sehingga 21 Jun dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

No comments

Powered by Blogger.