Header Ads

Pengakuan Wanita Ini Mengejutkan Ramai Apabila Mendakwa Mampu Bangkitkan Julia Perez Dari Kubur

Media sosial dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita yang dikenali sebagai Ulfa apabila mendakwa Jupe masih lagi hidup dan sehingga sekarang beliau masih lagi hidup, katanya.

Ulfa juga mendakwa bahawa dirinya juga mengetahui akan tentang perkara di alam ghaib dan beliau turut mengatakan ingin membangunkan Jupe daripada alam kematian. Pada ketika ini, Ulfa turut memberitahu bahawa dia sedang berusaha membangunkan Jupe dan turut menyuruh Jupe masuk ke badan keluarganya dan rakan-rakannya serta turut berkata "tunjukkan bahawa kamu tidak mati", katanya.

Menurut Ulfa, ketika di tanah perkuburan sewaktu pengkebumian artis cantik itu, dia mendakwa tidak merasa aura kematian di sana dan yang mengejutkan, dia turut memaklumkan bahawa dia langsung tidak bertemu dengan arwah semasa berada di alam kubur, malah dia hanya berjumpa dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Olga Syahputra yang telah meninggal dunia.

Ulfa turut mendakwa, arwah Olga memberitahunya bahawa arwah Jupe belum sampai ke alam itu dan sehingga ke waktu ini Jupe tiada di situ, katanya. Tambah Ulfa lagi, kematian artis yang popular itu sebenarnya dibuat-buat oleh pihak tertentu kerana tidak mahu artis tersebut berlakon dalam apa jua filem dan drama, jelasnya.

Ulfa turut berkata, ketika jenazah arwah dimasukkan ke dalam keranda, artis itu sebenarnya masih lagi hidup iaitu belum mati. Dia turut meminta doa agar arwah Jupe dapat kembali kepada keluarga serta rakannya dan ingin membuktikan bahawa Julia Perez masih lagi belum meninggal.

Rakaman video sewaktu temuramah bersama Ulfa dari Detik Flash.



Kematian Julia Perez seperti yang diumumkan oleh akhbar adalah pada hari Sabtu, 10 Jun 2017 kerana kanser serviks yang dihidapinya bertahun lamanua. Artis wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.12 pagi dan telah dikebumikan di TPU Pondok Rangon, Jakarta Timur, Indonesia.

Sumber: JPNN

No comments

Powered by Blogger.