Header Ads

Perkongsian Mengingatkan Kita Tentang Kematian Dari Lelaki Ini Membuatkan Ramai Yang Tersentuh Dan Mendapat Perhatian Netizen


Hidup ini adalah sementara, tiada satu manusia pun yang akan kekal di dunia ini sehingga tibanya satu masa nanti kita akan terpisah dengan dunia dan segala isi di dalamnya. Apabila berlakunya kematian, tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalangnya, malah tidak akan dapat lari sekiranya ia datang menghampiri.

Disebabkan itulah, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umatnya agar sentiasa mengingatkan akan kematian agar kita tidak akan terus hanyut dengan kehidupan serta ketamakan hidup di dunia.

Satu perkongsian yang amat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan, kerana apa yang dikongsi oleh Tuan Misrudin Anwar ini mengingatkan kita tentang kematian yang telah mendapat perhatian netizen yang kini dikongsi lebih dari puluhan ribu perkongsian.

Oleh: Misrudin Anwar

Salam dan perkongsian

Rabu 19 Ramadan.

Lebih-lebih lagi sebagai satu peringatan buat diriku.

Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semoga kita sama2 dapat membacanya.

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.

Barang barangmu akan dikemas, kitab, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan.

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:

Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu!

Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.

Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!



Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku. Kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya ingin memohon maaf
atas apa jua kesalahan.

SALAM SILATULRAHIM DAN SELAMAT TERUS MENJALANKAN IBADAH PUASA!

No comments

Powered by Blogger.