Header Ads

Pertanyaan Pesakit Kanser Tisu Ini Kepada Ayahnya Meruntun Hati - Papa Kenapa Saya Jadi Macam Ni?

KUALA LUMPUR - Adik Mohd Arifuddin Mohd Norhafis, 9, yang menghidap kanser tisu dikatakan berkemungkinan besar akan hilang penglihatannya kerana disebabkan penyakit berkenaan. Pengesahan dari doktor juga mengatakan terdapat sejenis ketumbuhan di bahagian kiri kepalanya.

Menurut laporan Harian Metro, disebabkan keadaan itu, mata kiri murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Klang itu terkeluar, pipinya didapati membengkak selain menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan.

Foto Kredit: Yusmizal Dolah Aling
Bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33, berkata, anaknya telah ditempatkan di Wad Kanser (KK3) Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lebih yang lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengalami sakit kepala sejak Januari lalu dan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) setelah keadaannya semakin tidak memuaskan. Selepas itu Mohd Arifuddin dirujuk ke Unit Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk rawatan sebalum ditempatkan di KK3 lebih seminggu lalu.

"Saya berharap orang ramai mendoakan anak saya supaya kembali sihat dan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa. Setakat ini doktor masih berusaha merawat dia.

"Mata sebelah kiri sudah tidak dapat melihat dan mata kanannya pun sudah kabur. Telinga juga tidak beberapa dengar menyebabkan saya perlu bercakap dengan lebih kuat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan serta sumbangan bolehlah menyalurkannya menerusi akaun Maybank atas nama Mohd Arifuddin di nombor berikut: 5640-9850-8578.

No comments

Powered by Blogger.