Header Ads

Rakaman Kes Halang Laluan Kereta, Lelaki Ini Mendakwa Telah Dibodoh-Bodohkan Oleh Seorang Wanita

Media sosial dikejutkan dengan satu perkongsian seorang lelaki pengguna Facebook yang dikenali sebagai Effendiey Ismail yang telah memuat naik satu rakaman video dan beberapa gambar melalui akaun Facebooknya yang menyatakan satu pasangan yang dipercayai suami isteri yang tidak berpuas hati dengannya kerana telah menghalang laluan kenderaan mereka.


Oleh: Effendiey Ismail

Kejadian ini berlaku di Stesyen Minyak Shell, Bukit Senyum.

Menurut Effendiey, seorang wanita ini yang dipanggilnya makcik tidak berpuas hati dengannya kerana mengatakan Effendiey telah menghalang laluan keretanya yang ingin keluar. Malah, wanita berkenaan dikatakan turut membodoh-bodohkannya.

Kata Effendiey, kalau betul dia bersalah, wanita tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata berkenaan memandangkan perwatakannya seorang wanita muslimah yang lengkap bertudung.

Kata Effendiey lagi, dia merasa terkejut dan turut memberitahu kepada wanita terbabit bahawa keretanya itu mempunyai dua pintu, tetapi wanita itu dikatakan tidak dapat menerima kenyataan dan seperti membodohkannya ketika wanita tersebut berjalan menuju ke keretanya.

Menurut Effendiey lagi, dia menganggap kejadian tersebut telah pun tamat di situ, namun sangkaannya meleset ketika dia berjalan menuju ke motosikalnya, wanita berkenaan dikatakan terpekik terlolong dan kelihatan dua lelaki yang berada di dalam kereta tersebut.

Wanita terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan Effendiey dan telah mengambil nombor pendaftaran motosikalnya.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian lelaki ini turut berpendapat wanita terbabit tidak sepatutnya bertindak demikian dan seharusnya menyelesaikan perkara berkenaan dengan lebih baik. Manakala, netizen lain, turut berkata perkara ini sebenarnya adalah perkara kecil yang tidak sepatutnya diperbesarkan.

Kes ini tidak seharusnya dipandang dan didengar oleh sebelah pihak sahaja dan netizen dinasihatkan agar tidak membuat sebarang tuduhan terhadap wanita terbabit kerana sehingga kini belum pun ada keterangan yang mengesahkan kejadian berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.