Header Ads

Rakaman Video Dan Gambar Putera Harry Makan Buah Kurma Sewaktu Berbuka Puasa Jadi Perhatian Dunia


Beberapa gambar dan rakaman video Putera Harry yang sedang memakan buah kurma dan berbuka puasa menarik perhatian ramai dan tersebar secara meluas dimana beliau dipercayai telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak muda di Singapura.

Menurut Daily Mail, Putera dari Britain ini dilihat telah berkongsi kurma serta bubur lambuk dengan duta keamanan negara berkenaan iaitu Nazhath Faheema.





Sebelum berbuka puasa bersama, beliau juga turut disambut dan diarak dengan paluan kompang, bunga manggar serta pertunjukan silat. Pertunjukan silat terbabit telah diketuai oleh jurulatih silat rumah tersebut yang juga merupakan bekas juara silat, Sheik Alauddin Yacoob Marican.


Harry yang dilatakan membuat lawatan selama 2 hari ke Singapura untuk melawat pusat komuniti kendalian Jamiyah Singapura, yang menyediakan berbagai khidmat untuk membantu memulihkan penagih dadah dengan menyediakan tempat tinggal kepada golongan terbabit. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.