Header Ads

Rakaman Video Dua Wanita Warga Asing Tersalah Tempat Beribadat Jadi Tular


SABAH - Satu rakaman video yang memaparkan dua wanita warga asing sedang melakukan upacara ibadat mereka di Masjid Baitul Iman, Limbang yang dikatakan berlaku pada Ahad lalu.

Gelagat dua wanita berkenaan telah dirakamkan oleh jemaah masjid dan kemudiannya telah dimuatnaik ke laman sosial lalu jadi tular serta mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka menyifatkan kejadian itu amat melucukan.

Dalam kejadian yang berlaku pada hari Ahad, jam 4.30 petang itu, dua wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20 tahun didapati memasuki masjid dan terus melalukan ibadat mengikut cara agama mereka sebelum ditegur oleh jemaah masjid yang berada di situ.

Menurut laporan, mereka seperti langsung tidak menyedari apa yang mereka lakukan dan dipercayai baru sahaja memasuki ke negara ini.

Kedua-dua wanita terbabit hanya melemparkan senyuman dan kelihatan seperti malu selepas mereka diberitahu oleh jemaah masjid tentang rumah ibadat yang sebenarnya berdekatan dengan kawasan berkenaan.

Rakaman video yang berdurasi 23 saat tersebut turut mendapat pujian dari netizen terhadap jemaah masjid serta jawatankuasa masjid yang terkenal itu kerana tidak mengambil tindakan terburu-buru setelah berhadapan dengan situasi berkenaan, lapor Harian Metro.



No comments

Powered by Blogger.