Header Ads

Rakaman Video Pasangan Suami Isteri Tunjuk Jari Tengah Dan Tendang Kenderaan Jadi Tular


Satu rakaman video yang menunjukkan pasangan suami isteri menunjukkan isyarat jari tengah jadi tular di media sosial.

Belum pun reda tentang kes seorang wanita yang tunjuk isyarat lucah sebelum memukul kereta dan membaling selipar kerana dikatakan berebut tempat letak kereta, kini muncuk lagi satu video yang dikatakan hampir serupa dengan kejadian berkenaan.

Menerusi rakaman video terbabit memaparkan pasangan suami isteri berkenaan seperti tidak berpuas hati dengan seorang pemandu kereta yang bertindak merakamkan video aksi pasangan suami isteri tersebut sebelum si suami dengan berulang kali menyepak kenderaan si perakanm video.

Semuanya bermula apabila si isteri bertindak menunjukkan jari tengah diikuti tindakan si suami pula sebelum menendang pintu kenderaan di bahagian pintu pemandu kenderaan terbabit.

Sehingga kini punca kejadian kes berkenaan tidak diketahui dan masih belum ada mana-mana pihak yang tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar tentang kejadian berkenaan.


Walau bagaimanapun, netizen berpendapat pasangan suami isteri menjadi berang serta bertindak sedemikian apabila kenderaan yang dipandu mereka telah terhalang oleh kenderaan si perakam, namun belum ada kesahihan tentang kejadian berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.