Header Ads

Rakaman Video Pengawal Keselamatan Memarahi Pemuda Yang Mempromosikan Astro Jadi Tular


SEREMBAN - Rakaman video yang kini jadi tular memaparkan seorang pengawal keselamatan yang dikatakan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap seorang lelaki kerana mempromosikan perkhidmatan Astro di kawasan perumahan yang tertutup kini jadi bualan netizen.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit Muhammad Hafizie mendakwa pengawal keselamatan berkenaan telah melemparkan kata-kata kesat kepadanya serta rakannya ketika bertemu dengan pengawal berkenaan untuk meminta keizinan untuk memasuki ke kawasan berkenaan.

Berikutnya luahan Hafizie di Facebooknya:

Dugaan mencari rezeki di bulan ramadan. Datang dari seremban naik EX5 je tengah panas. Niat nak cari sales lebih sikit sebab nak rayakan. Aku jumpa satu flat ni ada guard house jadi aku pun turun dari motor.

1. Aku bagi salam dan kenalkan diri aku.

2. Aku minta izin atau kebenaran untuk masuk ke flat tu, Ye lah sebab kita pun masuk tempat orangkan, kenalah beradab.

1 jam kot aku naik flat tu aku buat sales, Alhamdulilah dapatlah 4 customer yang nak pasang Astro dan Upgrate Decoder PVR.

Lepas tu aku pun turun dari flat yelah dah dapat 4 orang cukuplah tu untuk aku. Lepas tu aku nampak brader guard yang aku inform ni tadi dia menjerit kat arah aku dengan member aku, kau tahu dia cakap apa?

"Wey Lanxxcau 2 orang kau sini kejap", Aku pun tekejut dia ckap gitu. Aku datang aku tanya kenapa kan? Lepas tu dia pun minta ic, aku bagi jelah. Member aku cakap takyah bagi. Tapi aku bagi jugak.

Dia cakap dia kena tiaw. Aku cakaplah aku dah inform semua dekat dia tadi. Lepas tu jadi macam ni pulakkan. Kalau tak bagi masuk aku tak akan masuk, ini aku dah terangkan sape aku, keje ape aku, datang sini nak buat apa semua.

Haih bila dah jadi macam ni siap ugut nak pukul aku. Satu jelah bang, kita Melayu bulan mulia lagi. Sy respect kerja abang. Tapi abang tak patut cakap macam tu dekat saya. Saya pun bekerja. Semua orang kerja. At least kalau betul tak boleh masuk cakap elok-elok dengan saya, saya angkat kaki, start motor jalan. Takpelah dugaankan.




Betul apa yang Muhammad Hafizie katakan, mengapa perlu pengawal keselamatan berkenaan berkata sedemikian, sepatutnya perkara itu boleh diselesaikan dengan baik dan tidak mungkin akan berlaku perkara tersebut.

Rakaman video berkenaan telah mendapat perhatian netizen dengan rata-rata diantara mereka turut mengecam tindakan pengawal keselamatan terbabit. Mereka turut menyifatkan pengawal tersebut berkemungkinan tertekan dengan tugasnya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.