Header Ads

Rakaman Video Seorang Jemaah Meninggal Dunia Ketika Bersujud Dalam Masjid Sewaktu Menunaikan Solat Berjemaah


Ajal dan maut pasti tiba tidak mengira jantina dan usia, ia datang tanpa memberikan tanda dan terkadang secara tiba-tiba. Setiap orang mempunyai perbezaan bagaimana ajal menjemput, ianya langsung tidak diketahui oleh manusia, hanya Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya.

Satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Qamarul Islam telah dimuat naik pada 13 Jun lalu telah mencetuskan perbualan ramai netizen kerana salah seorang jemaah telah dijemput di dalam masjid ketika sedang bersujud.

Rakaman yang berdurasi 4 minit 8 saat itu yang dipercayai dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan, memaparkan pada ketika itu semua jemaah sedang beribadat menunaikan solat.

Sewaktu semua jemaah bangun untuk meneruskan rakaat seterusnya kelihatan seorang jemaah yang didapati bersujud tidak lagi bangun bagi meneruskan solatnya kerana dikatakan jemaah terbabit telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan bersujud.


Betapa bertuahnya jemaah berkenaan kerana telah dijemput Illahi di dalam masjid, semasa sedang beribadat menunaikan solat dan teristimewa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Hanya insan yang terpilih sahaja akan diberikan kelebihan sebegini, mungkin arwah adalah seorang yang berhati mulia maka Allah telah memilihnya.

Melalui rakaman video yang dikongsikan itu, kejadian berkenaan didapati berlaku di Masjid Iltihed, Jakarta Selatan, Indonesia, berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook terbabit. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.