Header Ads

Rakaman Video Seorang Lelaki Dipukul Dalam Keadaan Bogel Oleh Samseng Di Labuan


LABUAN - Tular di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki telah dipukul dengan besi kayu golf oelh sekumpulan lelaki yang memakai baju merah.

Rakaman video yang berdurasi dua minit 50 saat itu dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh seorang lelaki yang bernama James Hunt. Melalui Facebooknya dia turut mendakwa bahawa lelaki yang dipukul menerusi rakaman video terbabit adalah dirinya sendiri.

James turut mendakwa dia telah dikejal oleh kumpulan lelaki berkenaan dari Sekolah St Anne, Labuan dalam keadaan dirinya yang tidak berpakaian serta turut dipukul dengan menggunakan besi kayu golf serta turut dipaksa meminta maaf dan juga diarahkan mencium kasut ketua kumpulan yang dipercayai samseng itu.

Walau bagaimanapun, seperti yang ditulisnya dia telah melarikan diri dengan meredah hutan dan juga duri tajam bagi menyelamatkan dirinya dari cengkaman kumpulan terbabit. Menurutnya, sekumpulan samseng berkenaan akhirnya berjaya menjatuhkannya ketika berada di hadapan Temple Sing.

James turut memberitahu bahawa mereka telah memukulnya tanpa belas kasihan dek kerana teguran James yang menyatakan ingin menularkan apa saja kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan melalui pentadbiran kumpulan berkenaan.

Rakaman video berkenaan sehingga kini jadi tular dan telah menarik perhatian netizen dengan ribuan perkongsian serta kecaman.

No comments

Powered by Blogger.