Header Ads

Rakaman Video Seorang Suami Tergamak Bakar Isteri Hidup-Hidup Selepas Ternampak 'Lovebite'

JAWA TIMUR - Kerana berang isterinya didapati berlaku curang, seorang lelaki yang berusia 41 tahun dengan kejam tanpa rasa kasihan, tergamak membakar isterinya hidup-hidup di tengah satu sawah padi di Jawa Timur.


Menurut pihak polis Jawa Timur, Frans Bankatwa Manera telah mengesahkan les berkenaan yang diklasifikasikan motif sebagai cemburu akan kecurangan si isteri.

Menurut Frans, "Suspek marah kerana melihat tanda merah (love bite) di tubuh mangsa," katanya. Suspek mula curiga dengan sikap isterinya selain mengetahui beberapa mesej mesra dari lelaki lain dalam telefon bimbit mangsa.

Pada hari Rabu yang lalu, suspek dikatakan telah mengajak mangsa untuk bersiar-siar sambil mencari makan. Sewaktu si isteri sedang sibuk membelikan makanan, suspek telah membeli minyak tanah yang telah disorok ke dalam beg plastik.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumah mereka, suspek dipercayai telah mengajak mangsa untuk melakukan hubungan intim. Ketika suspek ingin membuka baju isterinya, suspek dikatakan telah mendapati ada kesan 'lovebite' atau gigitan cinta yang berwarna merah di dada isterinya.

Disebabkan itulah suspek menjadi berang dan telah menyimbah minyak tanah ke badan mangsa sebelum membakar keseluruhannya tanpa memikirkan orang yang dibakarnya itu adalah isterinya yang selama ini bersama dengannya.

Difahamkan, keesokann harinya mayat mangsa telah ditemui oleh penduduk setempat dan suspek dipercayai telah melarikan diri sehingga berjaya ditahan polis pada malam 13 Jun lalu.

Suspek kini ditahan di balai polis daerah Jawa Timur sertaakan didakwa dibawah Pasal 44 ayat (3) Undang-undang KDRT dan Pasal 340 KUHPidana tentang Pembunuhan Berencana iaitu hukuman tembak sampai mati jika disabitkan dengan kesalahannya.


Berita ini telah jadi viral di Indonesia dan turut mendapat kecaman netizen di atas tindakan lelaki yang tidak berhati perut itu.

No comments

Powered by Blogger.