Header Ads

Remaja Lelaki Diistytiharkan 'Mati Otak' Selepas Ditumbuk, Ditendang Dan Diliwat Sekumpulan 5 Lelaki

GEORGETOWN - Seorang remaja lelaki didakwa dipukul, ditumbuk, ditendang dan diliwat oleh sekumpulan pemuda berhampiran sebuah kedai burger yang terletak berdekatan dengan sebuah masjid di Gelugor Jumaat lalu.

Foto Kredit - Facebook PenangKini
T Nhaveen yang berusia 18, telah diisytiharkan “mati otak” di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang. Polis telah menahan 5 suspek yang berusia antara 16 hingga 18, atas dakwaan merusuh.

Seperti yang dilaporkan oleh ahli keluarga mangsa yang ditemui ketika berada di hospital, Nhaveen dan rakan baiknya itu, Previin, 19, yang bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya di Bayan Lepas ketika itu sedang menunggu untuk kembali ke kolej. Nhaveen sepatutnya pulang ke kolejnya yang terletak di Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Pada hari Jumaat lalu, selepas berkerja syif malam, Nhaveen dan Previin dikatakan telah pergi ke sebuah kedai burger yang terletak di luar Masjid Taman Tun Sardon berdekatan rumah mereka untuk makan malam.

Ketika berada di sana, mereka dipercayai telah terjumpa 2 bekas kawan sekolah yang mula mengejek Nhaveen. Kedua-dua individu berkenaan dikatakan telah membuli Nhaveen semenjak dari sekolah lagi kerana Nhaveen yang bersifat keperempuanan.

Nhaveen juga dikatakan merayu kepada dua bekas kawannya itu agar berhenti mencemuhnya, namun sebaliknya mereka telah menghubungi kawan-kawan mereka yang lain sebelum enam lagi lelaki yang menaiki motosikal datang ke tempat kejadian.

Kemudiannya mereka didapati memukul Nhaveen dan Previin berulang kali dengan menggunakan topi keledar. Selepas itu seorang lelaki telah memaksa Nhaveen pergi ke padang berdekatan di Jalan Kaki Bukit.

Previin dipercayai berjaya melarikan diri dari lokasi  kejadian dan kemudiannya pergi ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialaminya.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku terhadap Nhaveen di padang berkenaan tidak dapat dipastikan tetapi Nhaveen didapati telah tidak sedarkan diri setelah dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada jam 2 pagi oleh abang kepada salah seorang penyerangnya.

Kakitangan hospital yang bertugas di unit kecemasan telah merawat Nhaveen yang mengalami kecederaan parah di kepala serta luka di bahagian kemaluannya yang didapati mengalami pendarahan.

Setelah itu Nhaveen dimasukkan di wad neurologi unit rawatan rapi di hospital itu berkenaan. Doktor turut memaklumkan kepada ahli keluarga Nhaveen bahawa terdapat bukti kesan tembus pada saluran najis mangsa diikuti dengan kecederaan pada alat sulitnya dan juga di bahagian belakang badan mangsa mempunyai kesan melecur seperti dibakar.

Semalam, ibu Nhaveen telah mengadakan satu sidang akhbar ditemani peguammnya Baljit Singh di hospital terbabit, beliau juga turut meminta pihak berkuasa hospital dapat membuat siasatan serta menjalankan pemeriksaan secara terperinci ke atas anaknya itu.

Pengerusi biro undang-undang dan hak asasi Gerakan iaitu Baljit Singh, turut menggesa pihak polis agar menyiasat kes berkenaan dengan penuh teliti.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar turut mengesahkan bahawa lima orang remaja yang berusia masing-masing 16 dan 18 ditahan di atas kesalahan mereka yang didakwa merusuh.

Antara lima orang suspek yang ditahan adalah dua pelajar tingkatan lima, dua lagi pelajar kolej dan yang kelima didapati tidak berkerja. Kesemua suspek itu telah mengakui bahawa terbabit dalam kejadian berkenaan. - Harian Metro/FMT

No comments

Powered by Blogger.