Header Ads

Seminggu Setelah Memakan Nasi Periuk Kera Yang Dibeli Di Gerai Tepi Jalan Di Kuching, Isteri Meninggal Dunia Kerana Benda Halus

Serikin, terletak di Kuching, Sarawak yang sememangnya terkenal dengan keadaan jalannya yang dikatakan agak 'keras' oleh segelintir orang Sarawak dan turut diakui oleh seorang pengguna Facebook yang berkongsi tentang ini.

Foto Hiasan
Perkongsian Dayang Jannefer menerusi ruangan komen Facebook tentang kejadian yang menimpa kakak kepada seorang wanita yang dikenalinya iaitu isteri abangnya sendiri.

Menurut Dayang, dalam perjalanan pulang ke rumah, kakak kepada isteri abangnya itu baru sahaja selesai membeli belah di Pekan Serikin, dia ternampak satu gerai kecil yang dipercayai menjual nasi periuk kera di tepi jalan.

Foto Hiasan
Dia meminta suaminya membeli nasi periuk kera berkenaan dan suaminya bersetuju serta memberhentikan kereta untuk membeli makanan tersebut. Sewaktu mereka ingin pergi ke gerai tersebut, tiada sesiapa dan pelanggan lain yang berada di gerai berkenaan.

Selesai membuat pembelian, isterinya memasuki ke kereta dan terus makan nasi periuk tersebut. Secara tiba-tiba wanita itu meminta suaminya berpatah balik pergi semula ke gerai berkenaan kerana ingin membeli untuk ibunya pula dan turut menyatakan bahawa makanan itu sangat sedap.

Foto Nasi Periuk Kera - Red Parrot
Tetapi, setelah mereka sampai di lokasi gerai berkenaan, mereka mendapati tiada gerai atau warung seperti yang mereka lihat tadi, sedangkan mereka baru sahaja singgah dan membeli di situ, malah tiada sesiapa pun di situ termasuk penjual nasi periuk kera itu tadi.

Mereka meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah dan keadaan jalan amat sunyi disebabkan tiada penempatan di sepanjang jalan tersebut. Wanita itu dan suaminya hanya mendiamkan diri ,masing-masing tertanya di manakah gerai nasi periuk kera itu yang lenyap secara tiba-tiba.

Setelah pulang dari Serikin, satu perubahan ketara yang berlaku kepada wanita itu apabila dia dikatakan menjadi seorang yang pendiam dan tidak terurus, malah wanita terbabit turut tidak mengenali ahli keluarganya. Keadaan menjadi semakin pelik apabila anak lelakinya enggan mendekati ibu sedangkan mereka amat rapat sebelum ini.

Menurut Dayang lagi, setiap kali anak lelakinya itu melihat ibunya, dia pasti akan menangis dan lebih mengejutkan apabila anak lelakinya turut berkata bahawa dia tidak ingin mendekati ibunya kerana takut dengan seorang nenek yang berwajah buruk berada di sebelah ibunya.

Mereka akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat perubatan tradisional bagi mengubati wanita terbabit, namun setelah berubat tiada perubahan yang berlaku kepada si isteri dan dalam masa seminggu selepas kejadian wanita berkenaan telah meninggal dunia.


Menurut Dayang lagi, dia seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku terhadap wanita itu kerana arwah seorang yang amat baik. Allah Maha Mengetahui atas setiap kejadian, ujar Dayang menerusi komennya di Facebook.

No comments

Powered by Blogger.