Header Ads

Seorang Wanita Dalam Keadaan Separa Sedar Dirogol Pemandu GrabCar Dalam Kereta


SERDANG - Seorang peniaga yang berniaga secara online berusia 29 tahun telah berhadapan dengan detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol oleh pemandu GrabCar sewaktu dia menggunakan perkhidmatan kereta itu awal pagi semalam.

Menurut laporan, mangsa dipercayai telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak mendakwa menggunakan perkhidmatan itu dari sebuah pusat karaoke di Petaling Jaya untuk pulang ke rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, polis telah menerima laporan daripada mangsa yang melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh pemandu terbabit kira-kira jam 4 pagi.

Menurut mangsa, kejadian yang menakutkan itu berlaku berdekatan dengan rumah mangsa di dalam kereta Perodua Myvi yang dinaikinya pada ketika itu.

“Mangsa turut mendakwa tidak melawan kerana berada dalam keadaan mabuk iaitu separa sedar. Selepas kejadian suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan pihak polis melancarkan gerakan memburu suspek dan berjaya menahannya kira-kira jam 10 malam hari sama.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Buloh, polis merampas kenderaan dan pakaian digunakan ketika kejadian berlaku.

Hasil pemeriksaan suspek sudah enam bulan berkhidmat sebagai pemandu GrabCar dan mensasarkan untuk mengambil penumpang antara waktu lewat malam hingga awal pagi.

“Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman bermula hari ini.

“Mangsa pula dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut dan polis masih menunggu laporan lengkap perubatan,”katanya kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

No comments

Powered by Blogger.