Header Ads

Suami Buat Laporan Polis Isteri Dirogol Dan Dirompak Tetapi Sebenarnya Sandiwara Semata-Mata Yang Akhirnya...

SHANDONG, CHINA - Akibat menipu suami dan juga polis, seorang wanita akhirnya dipenjarakan selama 10 hari kerana kesalahannya yang menipu dan memalsukan keterangan.

Memetik laporan China Press, dalam kejadian jam 8.30 pagi, pada 13 Mei lalu, polis dikatakan telah menerima laporan dari seorang lelaki yang melaporkan tentang rumahnya telah dipecah masuk oleh perompak dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan dengan kejadian berkenaan.

Melalui laporan yang dilakukannya, lelaki itu telah mendakwa bahawa wang yang berada dalam simpanannya sebanyak 90,000 yuan (RM56,510) didapati hilang manakala isterinya pula dikatakan telah dirogol oleh suspek.

Setelah mendapat laporan berkenaan, sepasukan polis telah dikerahkan dan ditugaskan pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. Walau bagaimanapun, apabila siasatan dibuat, polis dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mula merasa pelik.

"Pertama, insiden yang dilaporkan berlaku pada sekitar jam 5 pagi di mana ketika itu sudah ramai pejalan kaki yang berada di kawasan berkenaan.

"Dan selepas kami memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), kami berjaya mengesan suspek. Namun suspek tidak memegang atau membawa sebarang bungkusan. 90,000 yuan itu adalah satu jumlah yang banyak dan tidak mungkin ia tidak dapat dibawa tanpa dikesan pada badan suspek," kata jurucakap polis.

Pihak polis kemudiannya mengambil keputusan untuk menyoal siasat pasangan itu secara berasingan. Setelah siasatan dilakukan, wanita yang berusia 27 tahun itu akhirnya mengaku bahawa suspek dalam kes itu sebenarnya kekasih gelapnya yang dicintainya.

Menurut laporan, kecurangan wanita itu akhirnya terbongkar juga setelah suaminya bertindak dengan memasang CCTV di rumah yang disambungkan ke telefonnya tanpa pengetahuan isteri bagi mencari kebenaran.


Suami wanita berkenaan dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 4.30 pagi dan apabila beliau memeriksa keadaan di rumah melalui telefonnya, dia amat terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali di rumahnya yang menyebabkan dia berpatah balik dengan segera dan perjalanan itu telah mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke rumahnya.

Apabila sampai di rumah, dia melihat lelaki yang tidak dikenalinya itu seperti panik dan mula membalingkan beberapa barangan kepadanya sebelum bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.


Kerana takut rahsianya terbongkar, si isteri membuat cerita kononnya dia langsung tidak mengenali suspek malah mendakwa dia dirompak dan dirogol. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka suaminya akan membuat laporan polis dan polis menyiasat kes berkenaan serta-merta.

Disebabkan tidak mempunyai pilihan, akhirnya wanita itu terpaksa akur dan mengaku apa yang berlaku sebenarnya semasa hari kejadian.


Si isteri turut mendedahkan, itu adalah bukan kali pertama kekasih gelapnya yang dikenali melalui aplikasi Wechat datang ke rumah ketika ketiadaan suaminya.

No comments

Powered by Blogger.