Header Ads

Suami Tak Pernah Bagi Satu Sen Pun, Saya Yang Tanggung Semuanya, Dia Hanya Tahu Nafkah Batinnya Perlu Dipenuhi


Kaum wanita yang ingin berkahwin dan memilih bakal suami seharusnya akan lebih berhati-hati, kerana perkahwinan itu akan menentukan hala tuju kehidupan serta bukannya sehari dua untuk hidup dengan seorang lelaki yang bernama suami.

Perempuan kena baca sampai habis.

Ambil ni sebagai pengajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita, ibu muda berkongsi cerita pasal dia punya perkahwinan.

Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelaki yang bertangungjawab. It's okay kalau pasangan anda kurang dari segi academik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.

Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta cerai, dia tuduh isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family. Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta cerai sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab.

Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki dayus adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.

Perkongsian dari Auni Ameera

Saya baru bercerai dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.

Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.

Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.

Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.

Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia.

Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta cerai, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.

Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta cerai dituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta cerai sebab ada skandal.

Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.

Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.

Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpaksa check in di hospital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hospital tanya saya datang sorang je ke.

Gambar Hiasan.
Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi penting. Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hospital tapi saya tak bagi sebab dah malam.

Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hospital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.

Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah cerai, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengemis kalau nak suruh dia jumpa anak.

And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak cerai sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah. Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak cerai. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah.

Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan. Kebanyakan orang sekarang bercerai sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama.

Saya jaga anak macam nak gila sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar. Saya sakit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak.

Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya. Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah gila hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya.

Gambar Hiasan.
Kes kakak saya pulak dah bertambah teruk. Suami dia ambil pisau dan paksa kakak saya tikam dia sebab minta cerai. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.

Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecundang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak dara tua. Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin.

Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab bercerai pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah.

Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.

Sumber: Auni Ameera

No comments

Powered by Blogger.