Header Ads

Susulan Kes Cabul - Dia Tekup Mulut, Tumbuk Perut Dan Muka - Mangsa Cabul Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar


ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes yang membabitkan seorang lelaki yang didakwa telah mencabul seorang wanita di dalam tandas dan dibelasah sehingga koma dan maut, kini mangsa tampil memaklumkan kejadian yang sebenar kepada umum.

"Saya duduk dalam tandas. Lepas itu saya terdengar pintu tandas sebelah ditutup. Saya pun buka kunci nak keluar, pintu tandas sebelah terbuka, dia masuk dalam.

"Dia tutup (tekup) mulut, saya gigit tangan dia menyebabkan saya ditumbuk di bahagian perut. Saya cuba melawan dan menjerit meminta tolong. Dia tumbuk muka saya," demikian kata mangsa dalam video yang dimuat naik oleh Liana Norziatul.

Mangsa terus cuba melawan dan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh sebelum melarikan diri.


Selain itu, ibu kepada lelaki berkenaan, Rusni Saad, langsung tidak mempercayai dengan dakwaan itu yang menjadikan punca anaknya dibelasah sehingga meninggal dunia.

"Siapa tak sedih kalau perkara ini berlaku pada anak sendiri," katanya menjelaskan.

Adik bongsu lelaki berkenaan, juga terkilan abangnya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul tanpa belas kasihan, katanya.

Baca: Lelaki cuba cabul wanita dibelasah sehingga koma

Lelaki cabul wanita dipercayai meninggal dunia selepas dibelasah

No comments

Powered by Blogger.