Header Ads

Tergamaknya Seorang Guru Liwat Anak Muridnya Lebih Dari 50 Kali Sejak Tahun 2015, Akhirnya Ditahan Polis

SIBU, SARAWAK - Seorang guru dari sebuah sekolah rendah telah ditahan polis di Kapit semalam kerana dikatakan telah meliwat seorang muridnya lebih dari 50 kali di beberapa lokasi semenjak Ogos 2015 sehingga Mei lalu, lapor Harian Metro.

Foto - The Reporter & Utusan Borneo
Guru terbabit berusia 40-an, telah ditahan kira-kira jam 10.40 pagi di sekolahnya ketika sedang mengajar berikutan satu laporan polis telah dibuat oleh seorang guru sebuah sekolah menengah di Mukah selepas mangsa yang kini berusia 14 tahun mengadu kepadanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Jimmy Panyau, melalui siasatan awal, pihaknya mendapati perbuatan keji guru berkenaan telah dilakukan semenjak mangsa berusia 12 tahun dan belajar di sekolah rendah di Kapit pada tahun 2015.

Mangsa kemudiannya meminta keluarganya menukarkan sekolah untuk menyambung pelajarannya di sebuak sekolah di Mukah ekoran tertekan dengan perbuatan songsang guru berkenaan.

Katanya, perbuatan lelaki itu bermula ketika mangsa belajar di sekolah rendah di Kapit pada 2015 dan dilakukan di kuaters guru dan hotel murah di Kapit.

"Walaupun telah pun berpindah di Mukah, suspek masih meneruskan perbuatannya itu dan menghubungi mangsa sebelum kembali meliwatnya di sebuah hotel di Mukah antara lebih 30 kali tahun lalu dan beberapa kali lagi antara Februari hingga Mei lalu," katanya.

Beliau berkata, guru sekolah menengah mengesan perubahan sikap mangsa namun pada mulanya pelajar terbabit enggan menceritakan kejadian.

Katanya, selepas dipujuk mangsa akhirnya menceritakan kejadian yang menimpa sebelum guru terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Mukah untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan seks di luar tabii," katanya.

No comments

Powered by Blogger.