Header Ads

Tips Sekiranya Anda Berdepan Dengan Samseng atau Pembuli Jalan Raya

Setiap hari kita mendengar tentang kes pembuli jalan raya yang semakin menjadi-jadi dan berleluasa, bukan sahaja di bandar malah di mana sahaja di seluruh negara. Mungkin kes sebegini berlaku disebabkan oleh sikap  pemandu itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu untuk bersabar.

Bagaimanakah sekiranya anda berhadapan dengan situasi sebegini apabila pembuli jalan raya bertindak menyerang anda sedangkan anda tidak membuat kesilapan sebaliknya individu tersebut yang tidak mampu menahan kesabaran.

Gambar hiasan.
Berikutnya beberapa tips dan cara-cara untuk menangani masalah ini apabila anda berada di situasi sedemikian.

Sabar & Bertenang

Anda harus bertenang dan tidak terlalu mengikut emoasi, jangan terburu-buru membuat keputusan yang akan menyebabkan anda menyesal kemudiannya.

Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah mengira dari angka satu hingga sepuluh atau berzikir membaca ayat-ayat suci bagi orang Islam.

Jangan Bersikap Kurang Ajar & Biadap

Sekiranya anda ingin dihormati oleh pemandu lain, anda jangan bersikap kurang ajar serta biadap yang akan menimbulkan kemarahan pemandu lain yang juga tidak dapat menahan sabar.

Antara contoh yang biadap dengan menunjukkan isyarat lucah, memberi lampu tinggi, mengekori kenderaan terlalu rapat, menghimpit kenderaan lain dan sebagainya yang negatif.

Jangan Respon

Sekiranya ada pemandu lain yang bertindak memprovok anda, dengan menurunkan tingkap dan bersikap biadap, jangan mudah memberi respon.

Sebaiknya, rekodkan nombor pendaftaran kereta tersebut untuk keselamatan, dengan cara ini juga menunjukkan anda lebih matang dan tidak mudah terikut-ikut dengan emosi.

Meminta Maaf Dengan Segera

Walaupun ia bukan salah anda, tetapi segeralah meminta maaf untuk mengelakkan konflik yang lebih teruk serta mencetuskan pergaduhan.

Minta maaf bukanlah bermaksud anda kalah tetapi ia menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi lebih baik dan belajar daripada kejadian tersebut.

Tips Tambahan

Pasangkan Video Kamera Kereta

Kalau kita lihat sudah banyak kereta yang menyedari kepentingan video kamera kereta ini kerana ia memudahkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Dengan cara ini juga, anda lebih mempunyai bukti  jika ingin membela diri atau membuat aduan mengenai pembuli di atas jalan raya.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.