Header Ads

Ubat Batuk Adalah Salah Satu Penyebab Punca Lelah Dan Kahak Jadi Pekat Pada Kanak-Kanak

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan kepada semua terutamanya kepada ibu-ibu muda yang mempunyai anak dan ingin menambahkan ilmu dalam penjagaan kesihatan anak-anak ketika mereka mengalami batuk berterusan seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Sekarang memang musim anak-anak batuk, selsema, demam kan?

Bila anak tak sihat, mak mak ni memang tak tidur malam. Risau sangat. Ni dah lama sangat Adam batuk. Batuk yang bukan biasa-biasa. Bila batuk tu, macam nak terkeluar anak tekak dia cuba meneran batuk. Kesian sangat.

Gambar Hiasan - Shikin Jaiz
Pada asalnya, dia cuma batuk biasa-biasa sahaja. Sudah pergi klinik & consult doc. Doc bagitau paru-paru semua clear takde kahak. Kurang sikit kerisauan mak ni. Huuu. (Memang kalau anak batuk paling risau paru-paru ada kuman/kahak lepastu kena lelah, nauzubillahimnzalik) Sebabkan Adam bawah umur setahun so Doc memang tak suggest bagi ubat batuk & tbh memang tak pernah bagi ubat batuk pada Adam. Hmm. Ingatkan lepastu okaylah.

Hari demi hari batuk Adam makin teruk. Lebih teruk bila waktu malam. Kadang-kadang tengah tidur, dia start batuk sampai merah-merah muka & mula muntah. Muntah susu + lendir kahak. Memang tak tidur malam dibuatnya.

Akhirnya, tak sanggup tengok Adam menanggung batuk dia tu, mama dgn ayah dia decide untuk ambik nab. Serah diri buat pertama kalinya. Tengok Adam meronta-ronta hati mama memang tak keruan. Tapi apakan daya, untuk kebaikan kesihatanmu anak.

Ini first time kami datang klinik ni. Kami ke sini pun lepas baca review daripada ramai orang melalui blog. Klinik wangsa. Dr. Nadir Khan memang terkenal dgn kepakaran beliau consult patient lelah/asma/batuk

Sampai di klinik lebih kurang jam 10pagi, orang dah penuh di ruang menunggu. Terkejut jap. Ingatkan hari biasa tak ramai orang. Rupanya penuh jugak. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun menunggu turn. Lebih kurang pukul 12 baru sampai turn kami. Bayangkan jelah hampir 2 jam menunggu dgn anak kecik yang baru dpt kaki. Mencabar beb. Haha.

Memang impressed dekat situ sebab doc sendiri yg panggil patient dia. Selalu pergi klinik, pembantu doc yg akan panggil nama kita kan? Paling busuk pun pakai sistem nombor. Ni tak. Doc tunggu kat pintu & panggil “Adam Bin Ahmad Firdaus?” Dengan muka manis. Huhu

Lupa terus kena tunggu hampir 2jam tadi.  Sangat impressed. Masuk-masuk, Doc bagi salam, “Assalamualaikum adam, tak sihat ye harini?” Haaaa. Lagi sekali mama terpegun. Ramah nau Doc ni. Pangkat atuk-atuk Adam je.

Doc: “Dari mana ni?”
Kami: “dari KL”
Doc: “sakit apa Adam ni?”
Mama: berleter la dari A-Z cerita kisah adam batuk. Huhu
Doc: “anak-anak kecil ni memang sejak lahir ada lendir/kahak yang tertinggal. Dia depends pada baby, ada baby mampu atasi & lama2 dia hilang sendiri. Tapi ada baby tak mampu & lama2 kahak ni menjadi punca lelah. Tugas kita untuk bagi kahak ni keluar sama ada sedut atau bagi dia muntah & kahak keluar melalui muntah dia.”
Kami:  *ternganga. Baru tahu* ooooh.
Doc: “saya bagi puan 3 pilihan samada nak ambik nab sahaja atau nak nab & sedut kahak dan yang ketiga saya ajar cara tepuk supaya bagi baby muntahkan kahak.
Kami: laju je jawab “nab & sedut kahak”
Doc: bagus. Saya galakkan macam tu. Sebab kita risau nanti lama2 kahak ni jadi punca lelah anak nanti. Lagi satu, jangan sesekali bagi ubat batuk. Ubat batuklah salah satu punca kahak makin pekat dan menebal & punca kebanyakan kanak-kanak terkena lelah.

Lagi sekali kami ooooooh.

Terus kami dibawa masuk ke bilik sebelah untuk nab & sedut kahak. & best bila doc still ajarkan cara tepuk untuk keluarkan kahak anak. Tanya apa pun, Doc layan kan je. Entahlah kenapa tapi memang rasa impressed samgat dengan layanan seorang doctor sebegitu. Hihi. Macam atuk-atuk melayan cucu. Keikhlasan tu sampai, gittew.

Lepas balik klinik, masuk je kereta, menyusu dan terus hanyut si kecik tu. Penat ye sayang, sian anak mama. :’)

Alhamdulillah dah seminggu berlalu, batuk Adam semakin kurang. Mungkin asbab sedut kahak haritu. Apa pun, kita mintalah pada Allah untuk kesembuhan. Kita berusaha untuk anak kita sedaya-upaya tetapi hanya Allah jualah yang memberi kesembuhan.

Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat ya, Adam.

P/s: dipersilakan share untuk rujukan semua. & sangat recommended untuk kalian datang ke klinik ni.

P/s/s: mengikut kata Doc, kanak-kanak dibawah umur 2 tahun sangat tidak digalakkan diberi ubat batuk. Ubat batuk hanya meredakan batuk tetapi tidak mengeluarkan kahak. Lama2 kahak tersimpan dan semakin pekat, boleh menjadi punca anak terkena lelah. Wallahu’alam.

1) datang awal kalau taknak tunggu turn lama!

2) (UPDATED) sila pastikan anak2 tidak minum susu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum sedut kahak. Kalau tidak, masa sedut kahak tu nanti susu yang keluar tapi kahak/lendir tak keluar. Sangat rugi & selalunya doc takkan sedut kalau tahu anak baru minum susu.

Sumber: Nurul Izzati

No comments

Powered by Blogger.