Header Ads

Video Pergaduhan Sekumpulan Lelaki Yang Berpunca Dari Salah Faham Jadi Tular Di Media Sosial


PERAI - Dua kumpulan lelaki telah mencetuskan satu pergaduhan dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada salah faham sewaktu memanggil pelayan di sebuah restoran nasi kandar di Chai Leng Park, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3 pagi itu, restoran terbabit dikatakan menjadi huru-hara apabila empat orang dan dua lelaki saling bertumbuk serta membalingkan kerusi yang mengakibatkan para pelanggan yang berada di restoran berkenaan bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Menurut sumber, punca pergaduhan itu berlaku apabila kumpulan empat lelaki terbabit dikatakan memanggil seorang pelayan dan dua lelaki yang berada berdekatan dengan kumpulan itu sedang menikmati makanan dikatakan salah faham lalu membaling ketulan ayam sebelum terjadinya pergaduhan.

Walau bagaimanapun, perkelahian yang berpunca dari salah faham itu telah berjaya ditenangkan oleh beberapa pekerja restoran termasuk orang-orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian berkenaan segera ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, menurutnya ketika anggotanya sampai pergaduhan itu berjaya sudah dileraikan dan salah seorang pekerja restoran berkenaan mengalami kecederaan ringan ketika cuba menghentikan pergaduhan berkenaan.

"Setakat ini kita telah menahan tiga lelaki yang berusia 21 hingga 24 tahun yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan berkenaan dan masih mengesan tiga lagi rakan mereka yang melarikan diri.

"Polis juga akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi termasuk pengurus restoran berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh,"katanya.

Rakaman aksi pergaduhan itu yang dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) restoran jadi tular serta menarik perhatian netizen semenjak dimuatnaik pada pagi semalam.




Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman itu turut mengecam dan berpendapat kejadian seperti itu akan menyebabkan rasa kurang selamat pelanggan lain sekiranya ingin berkunjung ke restoran tersebut.

Segelintir netizen juga turut mendakwa kemungkinan ada diantara mereka berada di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan mereka bertindak agresif dengan melakukan pergaduhan tanpa memikirkan keselamatan orang lain yang berada di restoran terbabit, lapor Sinar Harian.

No comments

Powered by Blogger.