Header Ads

Viral Rekaan Baju Kurung Cantik Dikatakan Tidak Boleh Basuh Pinggan, Hijabista Hub Tampil Dengan Bukti Rakaman Video


Hari Raya bakal menjelma dan orang yang paling sibuk dengan persiapan raya adalah kaum wanita, baik dari golongan ibu-ibu, anak dara dan remaja, merekalah yang selalunya akan memastikan kelengkapan dan segala persiapan di hari mulia itu memuaskan hati.

Kuih raya, duit raya dan baju raya antara perkara utama yang sering diberi perhatian oleh kaum wanita. Pakaian raya biasanya pada yang berkemampuan akan membeli atau menempah berpasang-pasang baju baru agar tampil cantik dan bergaya di hari raya.

Berbicara tentang baju raya, baru-baru ini viral dan trending di media sosial berkaitan dengan rekaan baju oleh Hijabista Hub yang dikatakan agak pelik. Rata-rata netizen terutamanya perempuan mempertikaikan rekaan baju berkenaan yang dikatakan sangat cantik tetapi tidak boleh digunakan ketika ingin membasuh pinggan.

Dek kerana pertikaian itu, pemilik rekaan baju berkenaan telah tampil memperjelaskan keraguan netizen berhubung dengan design baju tersebut yang dikatakan WIN habis.

Komen dari Hijabista Hub.


Pihak Hijabista Hub juga telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan rekaan baju kurung itu dapat digunakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan seperti membasuh pinggan yang dipertikaikan netizen, malah melalui video berkenaan turut membuktikan beberapa aktiviti lain juga dapati dilakukan seperti menaiki basikal, menyapu dan juga memasang pelita yang digayakan oleh seorang model wanita cantik.

A post shared by HIJAB FASHION (@hijabista.hub) on

Difahamkan, biarpun rakaman video itu telah memperjelaskan semua keraguan netizen tetapi masih lagi ada segelintir dari mereka yang dipercayai masih tidak berpuas hati dan turut menyatakan kelucuan mereka terhadap penjelasan pihak terbabit.

No comments

Powered by Blogger.