Header Ads

Wanita Ini Jadi Terkenal Apabila Buka Kelas Online Bagaimana Untuk Menggoda Lelaki Kaya Raya Dan Berkahwin


Kebanyakan wanita pada zaman sekarang boleh dikatakan selesa menjadikan diri mereka sebagai pisau cukur bagi meraih keuntungan dan kekayaan dalam sekelip mata. Ramai yang dipercayai telah berjaya mencapai target mereka menggunakan kecantikan dan kelebihan yang ada pada diri mereka dan ada juga yang terkadang terputus di tengah jalan apabila taktik mereka akhirnya telah dihidu lelaki.

Walau bagaimanapun melalui laporan akhbar The Star, baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Praiya Suriya dari Thailand telah membuat pengakuan bahawa dia telah berpacaran dengan ramai lelaki kaya dan turut membuka kelas buat wanita lain yang ingin mempelajari bagaimana untuk memikat dan menggoda lelaki kaya.



Wanita ini menjadi terkenal dengan sekelip mata apabila melalui laman sosial dia dikenali sebagai 'Madame' yang sering mempamerkan kemewahan hidupnya jadi tular dan dia juga dikatakan sering menasihati ramai wanita yang ingin menjadi sepertinya yang berkait dengan hubungan bersama lelaki kaya.

Sehingga kini 'Madame' mempunyai seramai 40 ribu lebih pengikut yang kini menawarkan kelas yang diadakannya berharga 6,300 Baht (RM795) bagi satu kelas dan turut mengatakan setiap wanita yang mengikut kelasnya dijamin akab bahagia serta berkahwin dengan lelaki kaya warga asing.




Kewujudan 'Madame' turut menarik perhatian segelintir netizen di Thailand yang ada diantara mereka tidak bersetuju dengan perkhidmatan yang diberikan 'Madame' dan turut tidak bersetuju adalah seorang aktivis terkenal di sana, Rabierat Pongpanit dan Leena Jungjuya yang turut menyelar tindakan wanita yang dikatakan cantik ini. Mereka berpendapat "madame' telah merosakkan persepsi baik terhadap wanita Thai, katanya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini 'Madame' dipercayai langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan mereka semua. Baginya, tindakannya itu adalah inging membangunkan masyarakat Thai. Lagipun, sebelum ini dia pernah melalui berbagai dugaan hidup malah turut beberapa kali mengalami kekecewaan dalam cinta serta terbabit dengan berbagai masalah.

Sumber: Praiya Suriya

No comments

Powered by Blogger.