Header Ads

Wanita Warga Emas Didakwa Ditinggalkan Anaknya dan Bermalam Selama Dua Hari Di Stesen Bas Baling Jadi Tular


BALING - Seorang wanita warga emas yang didakwa telah berada di stesyen bas Baling selama dua malam kerana ingin pergi ke rumah anaknya tetapi tidak dibukakan pintu rumah, kini jadi tular di aplikasi Whatsapp dan media sosial Facebook.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila wanita berkenaan yang dikenali sebagai makcik itu diperlakukan sebegitu, malah ada diantara mereka turut mencaci dan memaki anak kepada makcik terbabit kerana sanggup meninggalkan makcik berkenaan bersendirian selama dua hari di stesen bas itu.


Berbagai versi cerita yang telah ditularkan yang mengakibatkan telah mengelirukan orang ramai serta telah membuatkan netizen memaki dan mencaci anak-anak kepada makcik tersebut.

Ada yang mengatakan makcik itu telah ditinggalkan oleh anaknya dan ada juga yang mengatakan anak-anak makcik tersebut tidak lagi menerima makcik berkenaan.

Ekoran telahan yang dikatakan oleh netizen, seorang lelaki telah menceritakan kejadian sebenarnya yang berlaku kepada makcik tersebut. Menurut komen lelaki itu yang dikenali sebagai Wadi Asmadi, kes ini telah pun selesai dan semuanya berlaku akibat salah faham serta ditokok tambah oleh netizen sendiri.



Puncanya, makcik terbabit ingin pergi menjenguk anaknya yang bertugas di Kuala Ketil dan kedatangan makcik itu tidak diberitahu malah makcik itu juga telah tersalah lokasi iaitu pergi ke Baling bukannya ke Kuala Ketil di mana tempat anaknya berada.

Dakwaan netizen bahawa wanita warga emas ini telah disingkirkan oleh anaknya serta ditinggalkan di stesen bas Baling adalah tidak benar sama sekali.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan sesuatu cerita yang belum tentu kesahihannya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.