Header Ads

Akibat Abang Ajak Rakan Bermalam Di Rumah, Adik Perempuannya Dirogol Sehingga Melahirkan Bayi Lelaki

PADANG BESAR, PERLIS - Akibat kesilapan abang sendiri yang membawa rakan sebayanya tidur di rumah akhirnya membawa padah apabila adiknya yang berusia 14 tahun telah dirogol sehingga melahirkan seorang bayi lelaki di Berseri, lapor Berita Harian.


Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abdul Ghani, mangsa dipercayai dirogol ketika berusia 13 tahun dan melahirkan bayinya itu pada 20 Jun lalu di rumahnya.

Menurut Ghazani lagi, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar pada jam 4.20 petang yang menyatakan telah menerima seorang pesakit pelajar tingkatan dua yang dipercayai telah melahirkan seorang bayi lelaki.

Ghazani turut menambah, melalui siasatan pihaknya, mangsa dikatakan mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari sewaktu berada di sekolah. Ibu mangsa yang ketika itu datang ke sekolah untuk mengambil mangsa menganggap kesakitan di perut anaknya itu disebabkan senggugut.

Kemudiannya, ibu mangsa telah menghubungi klinik kesihatan berdekatan dan pelajar malang berkenaan didapati telah melahirkan bayinya itu di rumah sebelum mangsa dan bayinya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah.

Melalui siasatan pihak polis, mangsa dipercayai telah bersama dengan suspek yang berusia 16 tahun itu sebanyak 3 kali dan mengenali suspek pada Oktober 2016.

Laporan turut menyatakan suspek telah pun ditahan dan juga dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

No comments

Powered by Blogger.