Header Ads

Akibat Parking Sesuka Hati Di Hadapan Rumah Orang, Kereta Dicalarkan & Tayar Dipancitkan - Pemilik Myvi Kesal Tindakan Jiran


KUALA LUMPUR - Apa yang akan anda lakukan sekiranya kereta milik jiran anda diparking di depan rumah?  Ruang parking di depan rumahnya dibiarkan kosong. Berulang kali memanggil jiran itu berjam lamanya untuk mengalihkan keretanya tetapi tiada jawapan dan sahutan.

Itulah situasi yang dilalui oleh seorang pemilik rumah yang tidak didedahkan identiti dan lokasinya apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai milik jirannya itu diletakkan di hadapan rumahnya tanpa kebenaran.

Kejadian ini telah jadi tular di laman sosial Facebook diikuti dengan beberapa gambar yang menunjukkan keadaan sebuah kereta Myvi yang dipancitkan keempat-empat tayar, kesan calar seperti ditoreh-toreh dan turut ditoreh dengan perkataan 'aku bodoh', malah turut diletakkan di belakang dan depan kereta itu sekeping nota yang ditulis pada satu kertas berwarna putih.

Keadaan itu berlaku dikatakan berpunca dari kesilapan pemilik kereta berkenaan yang telah parking keretanya di kawasan rumah jirannya.

Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan jenis Perodua itu telah tampil untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya mengapa dia telah meletakkan keretanya di kawasan rumah jiran sebelah.

Pada 10 Julai 2017, kira-kira jam 5 petang, saya pulang dari kerja. Saya ingin memotong rumput yang panjang di halaman rumah. Saya mengalihkan kereta ke kawasan rumah jiran sebelah untuk sementara waktu dan apabila selesai memotong rumput saya akan mengalihkannya semula.

Sedang asyik memotong rumput, secara tiba-tiba hujan dengan lebatnya pada pukul 7.30 malam dan saya tergesa-gesa masuk ke dalam rumah sehinggakan terlupa tentang kereta yang saya letakkan di halaman jira sebelah itu tadi.

Pada keesokkan harinya saya terlambat bangun tidur dan terlambat untuk ke tempat kerja sehingga menyebabkan saya terlupa tentang kereta. Saya tergesa-gesa pergi kerja dengan menggunakan motosikal sahaja.

Sewaktu berada di tempat kerja, saya dapat tahu bahawa jiran sebelah saya itu bising tentang kereta yang diparking di depan rumahnya. Disebabkan itu saya meminta kebenaran untuk keluar dari tempat kerja dengan masa selama dua jam untuk mengalihkan kereta.

Apabila tiba di rumah, saya dapati kereta saya itu telah diperlakukan bermacam-macam seperti tayar dipancitkan kesemuanya dan terdapat banyak kesan calar pada kereta, jelasnya.






Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap tindakan jirannya itu kerana berbuat demikian secara terburu-buru yang menyebabkan kenderaannya itu mengalami kerosakan.

Pemilik Myvi itu juga berpendapat bahawa mereka masing-masing beragama Islam dan perkara itu sebenarnya boleh dibawa berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Semoga perkara sebegini menjadi pengajaran untuk kita semua. Sekiranya anda berada di situasi begini, anda harus memikirkan kepentingan orang lain juga malah bertolak ansur juga perlu bukannya mengikut kemarahan.

No comments

Powered by Blogger.