Header Ads

Akibat Termakan Sayur Kobis Dimasak Bersama Ular, Ibu & Anak Dimasukkan Ke Hospital Kerana Keracunan


Seorang wanita yang berusia 35 tahun bersama anaknya dimasukkan ke hospital selepas mereka dengan tidak sengaja telah memakan sayuran kobis yang dimasak bersama seekor ular yang menyebabkan keracunan di India.

Wanita terbabit Afzaan Imam dan anaknya yang berusia 15 tahun telah disahkan doktor bahawa mereka mengalami keracunan ekoran sayuran kobis yang dimakannya bersama seekor ular yang turut dimasak akibat dari bisa ular tersebut.

Menurut laporan Indian Express, Afzaan memberitahu kejadian yang amat mengerikan itu bermula ketika beliau sedang menyediakan masakan untuk makan malam keluarganya.


Beliau dikatakan langsung tidak menyedari terdapat seekor anak ular yang dipercayai bersembunyi di dalam kobis sebelum dia memotong dan memasak sayuran berkenaan.

Doktor yang bertugas memaklumkan bahawa keadaan kedua-dua mereka pada saat ini stabil tetapi mereka masih lagi dalahm pengawasan doktor untuk pemeriksaan selanjut bagi mengetahui gejala yang akan timbul selepas kesan sampingan yang berpunca dari bisa anak ular tersebut.


Menurut doktor terbabit, racun ular adalah sangat memberhaya dan apabila bisanya tercampur dengan darah, kedua-dua mangsa perlu dipantau dari masa ke semasa, katanya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.