Header Ads

Anda Pasti Sebak Apabila Terserempak Kanak-Kanak Sedang Cari Sisa Makanan Di McDonald KL Sentral - Wanita Ini Kongsi Pengalaman


Anda pasti akan merasa sedih apabila terlihat sekumpulan kanak-kanak seperti mencari-cari sisa-sisa makanan yang tinggal untuk mengalas perut di restoran makan segera Mc Donalds di KL Sentral.

Ja Sazni menceritakan pengalamannya terserempak dengan sekumpulan budak yang sedang melilau di restoran berkenaan ketika beliau baru sahaja pulang dari kerja.

Menurut Ja Sazni, dia pergi ke retoran itu dan membuat pesanan makanan serta turut bersedia untuk menjamah makanannya itu secara tiba-tiba dia ternampak kanak-kanak berkenaan seperti sedang mencari sesuatu di setiap meja di restoran tersebut.

Restoran Mc Donalds
Apabila ada sisa-sisa makanan yang tidak dihabiskan, mereka segera berbisik antara satu sama lain, 'serbu-serbu'. Namun, wajah mereka kelihatan kecewa kerana sisa makanan itu hanyalah sos dan air sahaja.

Walau bagaimanapun, ketika sekumpulan budak itu tadi sedang melalui berdekatan dengan meja Ja Sazni, dia segera mencuit bahu salah seorang daripada mereka dan bertanya adakah mereka ingin makan.

Kanak-kanak tersebut terus menjawab, 'lapar'. Jawapan kanak-kanak ini pasti akan meruntun hati sesiapa saja yang mendengarnya. Lalu, dengan penuh ikhlas, Ja telah memberikan makanannya yang berisi dua ketul ayam goreng diikuti kentang serta air Coke untuk mereka mengalas perut.


Setelah diberikan makanan tersebut, terpancar kegembiraan di wajah mereka. tetapi, sebaik sahaja Ja ingin beredar dari meja makan, beberapa orang lagi kanak-kanak yang sebaya dipercayai rakan-rakan kanak-kanak tadi datang ke arah budak-budak berkenaan dan berebut untuk memakan ketulan ayam diberikan oleh Ja Sazni itu tadi.

Apabila melihat mereka beramai-ramai, Ja Sazni tertanya-tanya, siapakah mereka semua? Di manakah ibu bapa mereka? Mereka semuanya anak-anak Melayu bukannya pendatang.

Rata-rata netizen yang turut membaca perkongsian Ja Sazni menyuarakan pendapat mereka bahawa kanak-kanak berkenaan didapati merayau-rayau seolah membuang masa sedangkan mereka masih lagi muda remaja.

Malah segelintir netizen turut berkata, berkemungkinan mereka adalah anak gelandangan, tetapi jika diperhatikan cara mereka berpakaian seolah-olah mereka terurus dan mempunyai ibu bapa penjaga.

Sehingga kini status siapakah sekumpulan kanak-kanak terbabit masih lagi menjadi tanda tanya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.