Header Ads

Berhati-Hati Ketika Melancong Ke Bali Anda Mungkin Akan Termakan Sate Daging Anjing Yang Di Jual Di Jalanan

BALI, INDONESIA - Kecoh di media sosial apabila satu laporan menyatakan para pelancong di Bali mungkin tidak mengetahui dan menyedari yang mereka mungkin telah termakan daging anjing yang dijual di sekitar pulau berkenaan.

Foto Tribun News
Sinar Harian melaporkan, menerusi satu penyelidikan yang dilakukan selama sebulan oleh sebuah NGO ke atas amalan penangkapan anjing, rumah penyembelihan dan penjual makanan jalanan, Animals Australia (AA), sehingga 100,000 anjing disembelih untuk kegunaan setiap tahun di Bali menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bersih.

Menurut Lyn White AA dalam satu kenyataan bersama-sama rakaman video anjing yang ditangkap dan dianiaya, "perdagangan daging anjing di Bali melanggar undang-undang keselamatan makanan tempatan dan undang-undang kekejaman haiwan,".

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu, yang juga menunjukkan peniaga menjual daging bertanda "RW" yang bermaksud "daging anjing" dalam Bahasa Indonesia.

Laporan itu juga mendakwa, pelancong yang berada di pulau yang amat terkenal itu mungkin tidak menyedari mereka telah memakan daging anjing.

"Mereka (warga Australia) tidak akan datang jika mereka terus mendengar cerita orang makan anjing," kata seorang pelancong Australia, Colin Carr.


Selain itu, Gabenor Bali, Made Mangku Pastika turtu menafikan tuduhan bahawa anjing-anjing itu telah dianiaya dan daging mereka dijual di gerai jalanan.

"Laporan berita di media sosial adalah salah, saya telah menyiasat dakwaan tersebut," katanya kepada Reuters.

"Laporan itu menyebut bahawa anjing di Bali dibunuh secara kejam dan dijual sebagai 'sate', ini tidak benar sama sekali," katanya, merujuk kepada hidangan daging yang terkenal.

Linda Buller, pengasas Pusat Pengambilan dan Pemulihan Anjing Bali, telah bekerja selama bertahun-tahun menentang perdagangan anjing haram di Bali.

"Kami telah mendengar kerajaan mengadakan sidang kemuncak mengenai pengambilan daging anjing pada minggu kedua bulan Julai dan ini adalah perkara yang positif untuk dilakukan," kata Buller kepada Reuters.

Menurut Buller lagi, orang Bali yang terdiri dari penduduk majoriti Hindu tidak mempunyai tradisi makan anjing kerana agama mereka, dan amalan itu dibawa oleh orang-orang yang berpindah ke sini iaitu penduduk dari bahagian lain di Indonesia.

Foto Sinar Harian
Perdagangan daging anjing meningkat kerana orang ramai mula mencuri anjing untuk menjual kepada penjual daging anjing untuk pendapatan tambahan, katanya.

Kumpulan hak asasi haiwan dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan Bali akhir bulan ini dan mendesak mereka untuk mengakhiri perdagangan haiwan itu.

Daging anjing amat popular di beberapa bahagian di Indonesia malah turut terkenal di negara-negara Asia lain seperti China dan Vietnam. -

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.