Header Ads

Cara Elakkan Diri Ditipu Pekedai Tayar Kereta Yang Tidak Bertanggungjawab


Kes penipuan di kedai tayar sering berlaku dan pengguna yang masih tidak tahu tentang perkara sebegini hanya mengikut kehendak pekedai serta sanggup membuat bayaran tanpa tahu yang dirinya telah ditipu.

Tidak semua peniaga yang memberikan khidmat penukaran tayar itu menipu tetapi ada beberapa peniaga lain yang telah mengambil kesempatan untuk menipu pemilik kereta demi mendapatkan keuntungan yang banyak dan cepat.

Satu tips dan cara bagaimana untuk mengelakkan diri kita ditipu oleh kedai tayar yang tidak bertanggungjawab telah dikongsikan oleh laman Beruang Buncit dengan niat agar semua pengguna yang mahukan perkhidmatan menukar atau membeli tayar tidak lagi ditipu. Ikut perkongsian beliau di bawah.

Gambar hiasan
Oleh: Beruang Buncit

Kisahnya mula bila customer pergi ke kedai tayar untuk tukar tayar baru. Customer ni dah ambil langkah berjaga-jaga. Dia baca tag pada tepi tayar tu untuk pastikan tu tayar baru. Ok dia memang dapat tayar tahun terkini.

Tapi satu kesilapan dia buat ialah dia terlupa untuk tengok pekerja kedai tu masa proses buka dan tukar tayar. Tiba-tiba pekerja tu panggil customer dan mulakan drama lakonan world class.

"Encik, sport rim ni dah bengkok teruk ni." Sambil pekerja tu tunjuk rim yang memang dah bengkok kat mesin rotation tayar. Hmm customer rasa pelik, masa drive sebelum ni takde pun rasa bengkok tu. Ok je.

Rupa-rupanya si peniaga nak pujuk customer tukat sport rim baru kat kedai dia secara paksa. Customer dapat hidu taktik licik ni. Dia pun pergi la tengok longgokan rim terpakai berdekatan mesin buka tayar tu.


Gambar hiasan
Gambar hiasan
Gambar hiasan


Hmm memang dia jumpa rim yang sama macam dia dan dalam keadaan elok lagi. Tak hairanlah sebab sport rim tu asal original kilang, mudah la nak jumpa yang sama. Customer pun syak peniaga tu dah tukar rim kepada yang rosak supaya dapat pancing customer tukar sport rim baru.

Customer berkeras supaya pasang balik sport rim asal dia dan tegaskan yang sebelum ni dia drive kereta takde tanda-tanda rim bengkok.

So lepas je siap pasang, customer ni bawa kereta dia pergi ke service centre jenama kereta dia untuk service berkala. Dia mintak service centre check sport rim dia. Jawapannya, rim dia ok dan tiada kesan-kesan bengkok. Mujur dia tak ditipu.

Jadi penyelesaian kan sini, korang semua dicadangkan supaya letak penanda pada keempat-empat sport rim asal korang. Tak kisahlah sticker ke cat sedikit ke pada belah dalam, asalkan boleh nampak dan bukti tu memang rim korang. Jadi kalau peniaga tak bertanggungjawab ni tukar rim korang, korang leh tahu sebab rim yang ditukar tu takde tanda.

Sebarkan pada pengguna2 kereta yang lain supaya tak menjadi mangsa. Di sini jugak korang diajak kongsikan nama-nama bengkel servis tayar yang dipercayai dan bagus.

Sila komen di bahagian komen atau senaraikan nama-nama kedai tak kira di mana sahaja dalam Malaysia yang korang rasa mereka adalah yang terbaik untuk dikongsikan kepada semua orang. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.