Header Ads

Detik Mengerikan Seorang Wanita Tersepit Diseret Pintu Tren Ketika Pemandu Sedang Menikmati Sandwich


Satu kejadian yang mengerikan telah dapat dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen tren di Kota Rom, Itali apabila seorang wanita didapati tersangkut di pintu tren manakala pemandu tren sedang menikmati makanan tengah harinya iaitu sandwich tanpa menyedari tentang kemalangan itu berlaku.

Melalui rakaman video itu, wanita terbabit Natalya Garkovich, 43, menderita kesakitan apabila beg tangannya tersangkut di pintu tren sebelum diseret.

Kemalangan itu bermula ketika Natalya dilihat ingin memasuki ke dalam tren tetapi keluar semula kerana mungkin penumpang terlalu ramai di dalamnya sebelum beg tangannya tersangkut di pintu tren yang ditutup secara tiba-tiba.

Natalya dilihat cuba untuk menyelamatkan dirinya sementara tren pula sedang bergerak bagi memulakan perjalanannya. Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian turut cuba untuk menolongnya, namun usaha mereka didapati gagal.

Ekoran kejadian mengerikan itu, wanita berkenaan dilaporkan patah tulang punggung dan paru-parunya didapati mengalami kecederaan akibat diseret.


Menurut laporan Daily Mail, pemandu tren berkenaan dikatakan sedang menikmati sandwich iaitu makanan waktu tengah harinya tanpa menyedari akan kemalangan itu sedang berlaku. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.