Header Ads

Duda 62 Tahun Kahwini Gadis 18 Tahun Dengan Hantaran Lebih Dari RM11K Tarik Perhatian Orang Ramai


Baru-baru ini berita tentang pernikahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengahwini seorang wanita warga emas berusia 71 tahun heboh diperkatakan dan terkini seorang lelaki berusia dilaporkan telah berkahwin dengan seorang gadis muda, juga dari Indonesia jadi tular.

Pasangan itu yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka Sulaeman Daeng Ngampa, 62, duda, dan seorang gadis cantik, Diana Daeng Ngani, berusia 18 tahun.

Jarak perbezaan umur diantara kedua pengantin ini selama 44 tahun tetapi itu bukanlah menjadi penghalang untuk mereka bersatu sebagai suami isteri yang sah.

Kisah percintaan mereka telah menarik perhatian ramai apabila pertemuan mereka bermula dengan secangkir kopi yang sering disediakan oleh Diana untuk suaminya itu ketika suaminya berkunjung ke rumah untuk bertemu dengan ayahnya si pembuat besi.

Menurut Sulaeman, dia mengaku bahawa terpesona dengan kecantikan isterinya dan cuba mendekati isterinya itu selama setahun lalu dinyatakan keinginannya untuk memperisterikan Diana kepada kedua ibu bapa Diana. Lebih menarik, lamaran Sulaeman telah diterima oleh Diana tanpa sebarang paksaan.

Pengantin baru - Facebook
Sulaeman dan isterinya Diana - Facebook
Menurut Sulaeman lagi, beliau mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan terdahulu dan menginginkan anak dengan Diana seramai 12 orang jika diizinkan Tuhan. Dia juga menyatakan bahawa mengenali Diana selepas dua bulan kematian isterinya.

Memetik laporan Kompas, Sulaeman telah melamar Diana dengan mas kahwin yang bernilai 35 juta Rupiah bersamaan dengan RM11,264.65 dan satu set barang kemas serta 3 kilogram beras.

Bagi Diana, perwatakan yang dimiliki oleh suaminya itu amat menyenangkan hati biarpun dikatakan mempunyai jarak perbezaan umur yang agak jauh.

Diana adalah anak kedua daripada 3 orang adik beradik dan abangnya yang sulung bernama Jamaluddin berusia 21 tahun telah pun berkahwin, manakala adiknya yang bongsu bernama Riswandi berusia 14 tahun tinggal bersama Diana. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.