Header Ads

Gadis Nyaris Dirogol Lelaki Yang Menerkamnya Ketika Membuang Air Di Dalam Tandas Stesyen Minyak

MACHANG, KELANTAN - Seorang gadis hampir menjadi mangsa rogol ketika sedang membuang air di sebuah tandas stesyen minyak apabila diterkam oleh seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Khamis lalu, mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak untuk berehat dan pergi ke tandas.

Mangsa dikatakan telah masuk ke tandas perempuan untuk membuang air. Secara tiba-tiba seorang lelaki yang dipercayai tidak berpakaian telah memanjat sebelum terjun serta menerkam mangsa yang ketika itu sedang mencangkung untuk melepaskan hajatnya.

Kerana terkejut dengan keadaan itu, mangsa dikatakan telah menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Suspek dikatakan telah meraba serta mencium mangsa yang sedang dalam ketakutan sebelum mangsa bertindak mengigit suspek sehingga mengagalkan niat suspek untuk merogolnya.

Seorang wanita yang telah terdengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan dengan segera mendapatkan bantuan sebelum seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi kejadian tiba untuk menghulurkan bantuan.


Suspek yang dikatakan panik selepas terdengar suara seorang lelaki dengan segera memanjat dinding untuk pergi ke tandas bersebelahan, manakala mangsa terus berlari keluar kerana ketakutan untuk mendapatkan keluarganya yang berada dalam kereta.

Suspek dikatakan tidak mengaku tentang kejadian itu dan turut memaklumkan bahawa dia tidak melakukan apa-apa terhadap mangsa sebelum dikepung orang ramai dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurut sumber, mangsa mengalami beberapa kecederaan seperti luka dan lebam di beberapa bahagian badan. Suspek juga tidak sempat melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. Namun, mangsa dikatakan trauma kerana kejadian yang menakutkan itu, malah mangsa turut mengigil sehingga muntah selain demam.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek ditahan dan dibawa ke IPD Machang untuk mendapatkan keterangan dan siasatan lanjut.

Di laman sosial Facebook, satu kenyataan yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dipercayai abang kepada mangsa telah menyampaikan satu pesanan yang berkaitan kejadian rogol kepada orang ramai terutamanya kaum perempuan.

Alhamdulillah, si HARAM itu tak sempat buat benda yang lebih dahsyat dan mungkin akan menjejaskan masa depan adik aku sebagai seorang perempuan. Jadi, sebagai peringatan untuk semua, sila baca.

TOLONG teman adik-adik, kakak ata mak korang yang pergi ke toilet di stesen minyak ke, RNR ke, masjid ke, jangan biar mereka pergi berseorangan. Kau bayangkan adik aku yang umur 20-an pun boleh melawan sikit saja. Kalau ibu-ibu kita yang dah tua? Adik-adik baru belasan tahun? Aku tak tahulah apa yang akan terjadi.

TOLONG jangan rasa bersalah untuk mencapai apa saja sebagai alat nak mempertahankan diri, gayung ke, getah paip ke, cocok mata ke, sepak telur ke, gigit hidung ke dan kau buat apa saja yang boleh melemahkan penyerang. Sila sampaikan pada ahli keluarga dan kawan-kawan. Sekarangang ramai orang gila dan gila yang macam-macam.

Ketika kejadian jeritlah minta tolong. Sebut saja apa ancaman yang datang, perogol ke, peragut ke atau perompak ke. PENTING, supaya orang di sekeliling alert.
.
TOLONG lah kepada penguasaha-pengusaha stesen minyak atau pihak berwajib. Pastikan CCTV berfungsi, senang nak pantau dan apa-apa yang berlaku ada bukti waktu siasatan pihak polis. Selepas itu ruang pemisah antara tandas, kalau perlu ditutup terus atau pasang pagar supaya orang tandas sebelah tak boleh akses tandas sebelah.

TOLONG sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana seseorang suspek itu. Muka seperti pijak semut pun tak mati.

Jadi, pesanan aku ini, tolong sampai-sampaikan. Aku tak nak korang pulak terkena dengan MANUSIA BINATANG seperti itu. Dia bernasib baik kerana tidak mati sebab orang-orang yang ada pada ketika itu masih  waras dan rasional.

Terima kasih jugak kepada orang ramai yang ada di stesyen minyak Shell pada ketika itu yang telah menolong adik dan isteriku.

Semoga pihak polis dapat membuat dakwaan terhadap si haram itu sebab aku nak jumpa dia di mahkamah. Semoga kau dapat balasan seadilnya.

No comments

Powered by Blogger.