Header Ads

Ibu Terkejut Besar Bil Rawatan Anak Di Hospital RM1200 Tetapi Jumlah Yang Perlu Dibayar RM3 Sahaja Murah Seperti Harga Nasi Lemak


Perkhidmatan hospital dan klinik kesihatan kerajaan sentiasa menjadi bahan kecaman dan hentaman netizen sekiranya ada membuat kesilapan malahan keburukan serta perkara yang tidak baik berlaku begitu cepat disebarkan sehingga orang ramai mengecam tanpa usul periksa.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang masih tidak tahu di sebalik keburukan itu terselit banyak kebaikan yang tidak didedahkan orang ramai. Mungkin mereka yang pernah melalui perkara itu sahaja yang mengetahui akan perkara baik itu.

Satu perkongsian yang mungkin akan membuka mata orang ramai apabila wanita ini berkongsia tentang kebaikan dan kelebihan yang dilaluinya semasa menerima rawatan untuk anaknya di Hospital Serdang.

Menurut Nurul Shazalina Zainuddin, dia merasa terkejut apabila bil hospital yang diterimanya selepas anaknya dimasukkan ke hospital itu hanya bernilai RM3 malahan layanan diberikan petugas hospital dan doktor sangat baik.


Alhamdulillah..

Dah sampai rumah..

Tak sangka sangat bil Hospital Serdang sangat2 murah..

Saya jangkakan dalam rm300++ walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan.

Bila dapat bil, kos sebenar rm1200++..
Tapi perlu bayar rm3 sahaja.
Bersyukur sangat.

Layanan sangat bagus. Bilik walaupun kelas 3 sangat ok. Ada aircond. Bilik air ada air panas..kelas tak
Makanan sangat sedap (tak dapat diet)

Doktor pun sangat2 baik. Menjawab persoalan.
Paling sy tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gembirakan anak saya. Mcm2 dia cerita.

Bila anak dah tertidur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak menitis air mata tadi.

Dan alhamdulillah sy lihat banyak sharing post karies gigi tadi. Yang baik kita ikut..yang tak elok jadikan iktibar ok.

Janganlah kecam. Saya yakin ramai yang tak tahu macam saya. Dan saya yakin kita semua dah berusaha sebaik mungkin cuma kena penambahbaikan. Betul tak?

Ok jom tengok gambar bil hospital dan makanan2 yg sedap.



No comments

Powered by Blogger.