Header Ads

Idea Kreatif Pelajar Universiti Tulis Nota Atas Peha Untuk Meniru Ketika Peperiksaan Jadi Tular Dikecam Netizen


Meniru semasa peperiksaan adalah perkara biasa bagi para pelajar sekolah dan universiti, malah bermacam cara dan idea yang mereka gunakan untuk meniru agar dapat menjawab kertas soalan peperiksaan.

Satu kisah dan idea terbaru untuk meniru yang membabitkan seorang pelajar perakaunan di China telah dilaporkan oleh Daily Mail bagaimana pelajar perempuan terbabit menggunakan kakinya bagi menyalin nota-nota dan jawapan penting untuk beliau menjawab soalan ketika peperiksaan dijalankan.

Seperti dilaporkan, rakan kepada pelajar perempuan berkenaan telah memuat naik beberapa gambar ke media sosial yang menunjukkan beberapa nota jawapan yang ditulis ke atas peha seorang pelajar perempuan yang didakwa cuba menipu ketika dalam peperiksaannya.


Seperti yang ditulis di laman sosial, dia menyatakan bahawa geli hati dan ketawa apabila memberitahu rakannya yang lain bagaimana rakan sekelasnya itu menipu sewaktu peperiksaan. Dia turut menyatakan exam tidak pernah susah dan mengharapkan statusnya itu akan membuatkan rakannya terkenal.

Selepas status rakannya dimuat naik dengan serta merta menjadi tular sehingga menarik perhatian ramai netizen yang turut memberikan komen berkaitan dengan nota-nota yang ditulis cantik di atas peha pelajar perempuan terbabit yang sehingga kini belum dapat dikenal pasti.

Menurut salah satu komen netizen, nota yang tertulis itu adalah buku rekod debit dan kredit. Tujuan pelajar tersebut berbuat begitu mungkin ingin menunjuk-nunjuk kakinya yang sangat panjang itu, katanya.

Berbagai cara dan idea kreatif yang digunakan oleh ramai pelajar di seluruh dunia untuk meniru ketika peperiksaan, namun cara yang digunakan pelajar perempuan ini dikatakan amat menarik dan mungkin belum pernah dilakukan oleh pelajar lain.

Memetik laporan Daily Mail, pernah pada satu ketika seorang pelajar yang juga dari China menggunakan sejenis kamera yang kecil yang tersembunyi di sebalik pen yang berfungsi untuk mengambil gambar sebelum mendapatkan jawapan yang akan dimaklumkan menerusi alat peranti di telinga pelajar terbabit.

Alat peranti yang digunakan pelajar untuk meniru.
Selepas ini para guru haruslah mencari jalan dan idea bagaimana untuk membendung serta menghalang para pelajar daripada terus meniru seperti berikutnya.

Walau bagaimanapun, idea menarik yang dilakukan oleh guru di Thailand mungkin antara idea yang akan membantu para guru di seluruh dunia apabila mereka menggunakan payung sebagai penghalang untuk pelajarnya meniru semasa peperiksaan dijalankan.

No comments

Powered by Blogger.