Header Ads

Kawan Yang Dipercayai Wanita Ini Rupanya Berniat Jahat Apabila Memasang Kamera Tersembunyi Di Setiap Tandas Rumahnya


Rakan, kawan atau sahabat adalah orang kedua selain keluarga yang akan disayangi dan dipercayai dalam kehidupan seseorang, walaupun tidak semua beranggapan begitu tetapi masih ada diantara kita yang begitu mempercayai mereka yang sering menjadi tempat kita mengadu.

Namun, memang lumrah alam, tidak semua kawan yang boleh dianggap kawan sejati dan pemilihan kawan juga menjadi peranan penting agar kita tidak tersilap memilih kawan yang menyebabkan kita berada dalam kesusahan di masa akan datang.

Betul kata orang, tidak semua orang yang boleh kita percayai walaupun kawan kita sendiri. Perkara ini terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Moon Xyue dilaporkan oleh World Of Buzz telah dikongsikan di laman Facebook bagaimana wanita ini telah menghadapi situasi yang tidak pernah disangkakan kerana membabitkan rakan baiknya sendiri.

Semuanya bermula apabila seorang kawan lelakinya yang dikenalinya lebih dari 10 tahun dan turut menjadi rakan sekerjanya lebih kurang dalam 3 tahun bersama dalam satu syarikat.

Persahabatan mereka sangat baik dan Moon melayani rakan baiknya itu dengan mesra malah turut menawarkan perkerjaan kepada lelaki berkenaan ketika beliau terdesak untuk mendapatkan perkerjaan. Malahan dia juga dikatakan turut menumpangkan lelaki itu bersama isteri setelah berkahwin di rumah miliknya.

Menurut Moon, dia amat mempercayai suami isteri itu selama ini dan selama tiga tahun juga mereka turut membantu Moon menguruskan kedai dan dalam masa yang sama juga mereka dipercayai telah mencuri duit milik syarikat tanpa pengetahuan Moon. Mereka juga dipercayai turut mengambil beberapa komisyen dari kakitangan syarikat serta menggunakan wang berkenaan untuk kepentingan mereka sendiri.

Menurut Moon lagi, berulang kali mereka telah mempermainkan kepercayaan yang Moon berikan dan turut mengambil kesempatan di atas kejujuran dan kebaikan Moon selama ini. Apa yang diterima Moon adalah satu balasan buruk dan Moon turut menyalahkan dirinya terlalu bodoh keran sering memberikan mereka peluang yang kedua kerana mereka adalah rakan Moon.

Tambah Moon, dia membenarkan mereka berkerja dan benarkan mereka tinggal di syarikat berkenaan bagi membuat pembayaran semula semua yang telah mereka curi. Pada waktu itulah, barulah Moon mendapat tahu bahawa suami isteri itu mempunyai perangai yang teramat teruk.

Lebih mengejutkan Moon apabila dia baru sahaja mendapat tahu tentang sesuatu yang teramat teruk tentang pasangan terbabit kerana tanpa disangka rakannya itu didapati memasang satu kamera tersembunyi di setiap dalam tandas rumahnya. Setiap satu kamera dipercayai dihalakan secara tepat ke bahagian tempat mandian yang dikatakan untuk melihat sesiapa sahaja yang sedang mandi.


Menurut Moon juga, tiada sebarang rakaman video dijumpai tetapi kamera yang dipasangkan itu rupa-rupanya telah disiarkan secara langsung dan Moon juga mendapat tahu kamera itu dipasangkan di situ semenjak bulan Mei tahun lalu.

Moon mempertikaikan mengapa dan kenapa kamera sebegitu dipasangkan di dalam tandas sekiranya bukan untuk mengintip dan melihat bahagian sulit setiap orang yang mandi? Moon juga turut menyatakan kekesalannya kerana selama ini dia melayan pasangan terbabit seperti kakak dan abangnya sendiri serta dia langsung tidak menyangka balasan yang diterima dari mereka sedemikian rupa.

Ekoran kejadian itu, Moon turut memuat naik beberapa rakaman video ketika rakan lelakinya itu didapati sedang memasangkan kamera tersebut di setiap tandas rumahnya sebagai bukti yang rakannya itu sememangnya mempunyai niat melakukan perbuatan tersebut.

Berikutnya adalah rakaman video yang membuktikan rakan Moon itu sedang memasang kamera tersembunyi yang dikatakan dipasangkan pada bulan Mei tahun lalu.




No comments

Powered by Blogger.