Header Ads

Kehebatan Budak Luar Biasa Berusia 7 Tahun Miliki '8 Packs' Dan Menjuarai Berbagai Pertandingan Kini Tular Seluruh Dunia


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun menjadi terkenal secara tiba-tiba di seluruh dunia baru-baru ini akibat tersebarnya beberapa gambar yang menunjukkan bentuk tubuhnya yang luar biasa.

Kanak-kanak terbabit yang bernama Chen Yi berasal dari daerah Hangzhaou, China dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah sekolah gimnastik tempatan dan telah menjalani berbagai latihan fizikal yang agak ekstrim sebelum beliau memiliki '8 packs' seperti yang dihebohkan di media sosial pada masa ini.

Menurut laporan Shanghaiist, Chen Yi hanya akan pulang ke rumah pada hujung minggu dan hari-hari yang selebihnya beliau berada di sekolahnya menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.


Seperti yang dilaporkan Daily Mail, kanak-kanak lelaki yang dilabelkan sebagai budak luar biasa oleh netizen ini baru sahaja memenangi sebuah pertandingan di sekolah gimnastik tempatan pada minggu lalu. Dalam pertandingan itu Chen Yi dikatakan telah memenangi 6 pingat emas dan satu pingat perak yang mana kemenangannya itu telah menyebabkan beliau terkenal.

Chen Yi juga dikatakan telah menukar pakaian seragamnya kepada pakaian biasa setelah selesai menghabiskan acara dalam pertandingannya itu. Walau bagaimanapun, selepas penonton dan wartawan yang berada di situ ternampak akan susuk tubuhnya yang luar biasa itu yang menyebabkan mereka terus menyerbunya sebelum mengambil gambarnya lalu jadi tular di media sosial semenjak itu.



Ibu Chen Yi turut memberitahu, anaknya itu sememangnya seorang yang gagah dan kuat malah bayi yang dilahirkannya itu seberat 9 Pound yang bersamaan 4 kilogram. Chen Yi mula belajar berjalan seawal usia 11 bulan, jelas ibunya.

Laporan dari Shanghaiist menyatakan antara kehebatan yang dimiliki Chen Yi adalah dia mampu mengangkat tubuhnya sendiri dengan satu tangan ketika usianya dua tahun. Biasanya, Chen Yi akan mengangkat badannya naik ke atas palang yang mendatar sambil minum susu bersama tangannya yang kedua.


Chen Yi dikatakan amat menggemari makanan 'dumpling' yang sering dimakannya sehingga lebih dari sedozen dalam satu-satu hidangan.

Berikutnya adalah rakaman video yang memaparkan aksi Chen Yi yang dipercayai telah tersebar dan tular sehingga beliau dikenali di seluruh dunia menerusi media sosial.


No comments

Powered by Blogger.