Header Ads

Kerana Lewat Hadir Ke Sekolah Seorang Guru Tendang Anak Murid Sehingga Kaki Mengalami Keretakan Serius


TAWAU, SABAH - Hukuman untuk memberikan pengajaran kepada pelajar adalah perlu, namun sekiranya hukuman daripada seorang guru itu yang telah menyebabkan kecederaan fizikal seorang muridnya adalah tidak patut berlaku dan dianggap keterlaluan.

Seorang murid perempuan dilaporkan telah ditendang oleh seorang guru sehingga menyebabkan kecederaan pada kakinya yang mengalami keretakan kerana dikatakan kesalahannya lambat hadir ke sekolah.

Menurut laporan Borneo Today, pelajar terbabit telah dihukum sedemikian apabila guru berkenaan mendapati pelajar tersebut lewat datang ke sekolah.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi Isnin lalu, guru yang berusia 32 tahun itu dikatakan menjadi berang dan kemudiannya bertindak menendang kaki kiri pelajar tersebut sebelum menamparnya yang mengakibatkan kaki pelajar tersebut cedera dan retak.

Seperti yang dilaporkan oleh ibu mangsa, anaknya itu ada mengadu bahawa mengalami kesakitan pada bahagian kaki kirinya dan turut memaklumkan kesukaran untu berdiri sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut ibunya lagi, hasil laporan X-Ray dan pemeriksaan kesihatan, doktor memberitahu bahawa kaki anaknya itu telah mengalami keratakan dan terpaksu dibaluti dengan simen.

Menurut ibu pelajar berkenaan yang tidak ingin mendedahkan identitinya, sebagai seorang guru, dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan masih lagi banyak cara lain untuk menghukum pelajar yang didapati lambat hadir ke sekolah, katanya.


Walau bagaimanapun, guru terbabit dipercayai telah membuat permohonan maaf kepada ibu pelajar terbabit di atas kejadian yang berlaku, namun ibu pelajar terbabit mengharapkan Jabatan Pendidikan perlu mengambil tindakan ke atas perbuatan guru tersebut.

Menurut Ketua Polis Tawau, Penolong Pesuruhjaya, Fadil Marsus berkata, mereka akan membuat siasatan dan mengambil keterangan daripada guru tersebut dan turut akan meminta saksi menceritakan tentang kejadian berkenaan. Kes tersebut akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan 323 kerana telah menyebabkan kecederaan yang teruk.

No comments

Powered by Blogger.