Header Ads

Keresahan Pemandu Bas Ketika Memandu Terjawab Apabila Menjumpai Pakaian Dalam Wanita Di Celah Kerusi Penumpang


GERIK, PERAK - Kebimbangan dan keresahan seorang pemandu bas terjawab jua akhirnya kerana beliau telah menemui sehelai seluar dalam yang dipercayai dimiliki oleh penumpang basnya yang dikatakan telah diselitkan di celah-celah kerusi penumpang.

"Kita bertongkat mata pandu bas nak sampai ke Terengganu dengan selamat kerana nyawa penumpang. Dia pula mengambil peluang buat kerja dalam bas sampai tertinggal hartanya dalam bas (diletak di celah dinding kerusi)," kata pemandu bas terbabit yang tidak diketahui identitinya.

Pemandu bas terbabit berkata, dia bukan mahu mengaibkan penumpangnya tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa dalam perjalanan, pemandu bas juga yang akan dipersalahkan.

"Kena dakwa memandu lajulah, apalah. Patutlah ketika pandu bas lalu Gerik semalam, rasa tak sedap hati saja. Rupa-rupanya inilah jawapannya.

"Tunggu saja hari pembalasannya jika tak bertaubat. Nauuzubillah," ujarnya.


Selain itu, Agensi Pelancongan D dan Adik Beradik Sdn Bhd juga turut meluahkan rasa kekesalan mereka berhubungan dengan tindakan penumpang yang dipercayai telah melakukan maksiat di dalam bas itu.

"Allahuakbar. Kes ini bukan dari bas kami tetapi dari bas lain. Cuma mampu kata, "murahnya harga atau nilai seorang wanita". Di mana terletaknya maruah seorang wanita jika ia terjadi seperti ini?

"Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak beri nasihat kepada semua wanita sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Tolong hargai maruah anda, tolong jaga maruah anda yang bernama wanita.

"Sedih tengok benda ini. Dalam keadaan pemandu dan penumpang bas yang tidak bersalah, tetapi kerana kerakusan nafsu seseorang, mereka semua yang terkena tempias.

"Kita berjalan jauh, bukannya dekat. Kita bimbang benda yang tidak diingini berlaku. Memang maut dan ajal semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu menghindari benda-benda haram ini supaya perjalanan kita selamat.

"Tolonglah jangan buat kerja terkutuk ini dalam bas. Pemandu bas bawa ramai penumpang dan kita mahu perjalanan kita semua selamat. Tolong faham.

"Salam takziah kepada pemilik seluar dalam ini. Semoga bertaubat dan semoga Allah SWT mengampuni dosa kamu," jelasnya lagi.

No comments

Powered by Blogger.