Header Ads

Lelaki Ini Berenang Rentasi Sungai Selama 30 Minit Bagi Elakkan Kesesakan Jalan Raya Untuk Ke Tempat Kerja


MUNICH, JERMAN - Dek kerana kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan ribuan kenderaan terkandas di laluan untuk ke tempat kerja, seorang lelaki sanggup merenangi sebuah sungai yang sejauh dua kilometer bersamaan 30 minit untuk ke tempat kerjanya di Kulturstrand.

Benjamin David, 40, antara daripada ribuan orang dari bandar Munich yang dikatakan sering berusaha untuk mengelakkan daripada kesesakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerjanya dengan menggunakan laluan alternatif.



Lelaki terbabit dikatakan pernah menaiki basikal pada suatu ketika dahulu untuk ke tempat kerja tetapi setelah dua tahun berlalu dia mengambil keputusan untuk menggunakan laluan yang lebih memudahkannya untuk sampai ke tempat kerjanya.

Sungai Isar adalah laluan terkini pilihan beliau yang memaksanya untuk berenang merentasi sungai berkenaan dalam masa 30 minit. Menariknya, selepas sampai ke destinasi melalui sungai, dia sempat mengeringkan badannya dengan tuala serta memakai t-shirt dan menikmati minuman cappuccino di sebuah kafe berhampiran sambil menunggu rakan-rakannya yang turut terkandas dalam kesesakan jalan raya.


Memetik laporan Odditycentral, pada setiap pagi Benjamin akan meninggalkan apartmentnya di Bladeplatz dan berenang menerusi sungai berkenaan untuk meneruskan perkerjaannya sebagai pengasas dan jurucakap sebuah kumpulan pemikir.

Benjamin dilaporkan turut memberi penekanan dalam aspek keselamatan ketika mahu berenang dan setiap hari akan menyemak melalui internet tentang keadaan suhu, arus dan paras air sebelum memasuki ke dalam sungai.

Selain itu, beliau turut membawa bersama beg khas kalis air untuk memastikan pakaian, barang-barang dan peralatan kerjanya seperti dokumen serta komputer riba yang dibawanya sentiasa kering dan tidak terkena air.


Dianggarkan 30,000 orang yang telah berpindah ke negara Jerman setiap tahun yang membuatkan kesesakan lalu lintas semakin menjadi-jadi dan Benjamin tidak meolak kemungkinan beberapa rakannya akan turut mengikut jejaknya dengan berenang untuk pergi ke tempat kerja, lapor Sinar Harian.

Pada ketika ini, Benjamin David adalah satu-satunya orang yang berada di Munich yang telah menggunakan Sungai Isar untuk perjalanan pergi ke tempat kerjanya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.