Header Ads

Lelaki Selamba Naik MRT Tanpa Berpakaian & Tidak Kisah Orang Ramai Mengambil Gambarnya


HONG KONG - Tidak kisah dan langsung tidak mempedulikan apa kata orang ramai, seorang lelaki dilihat dengan selamba berjalan ke sana ke mari di kawasan stesen MRT tanpa berpakaian tanpa menghiraukan pandangan orang ramai terhadapnya.

Tindakan lelaki berkenaan yang tidak memakai sebarang pakaian dan muncul di kawasan berdekatan stesen MRT Tsim Sha Tsui itu menjadi tanda tanya orang ramai mengapa dia bertindak sedemikian.

Lelaki terbabit dilihat sempat mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM sebuah bank sebelum bergerak dengan berjalan kaki menuju ke stesen MRT untuk menaiki perkhidmatan awam tersebut kira-kira jam 7 malam pada Rabu lalu, lapor Apple Daily.

Menurut laporan, sewaktu berada di lokasi stesen MRT, walaupun pandangan orang ramai tertumpu terhadapnya dengan rasa tidak senang hati, lelaki terbabit dilihat seperti tidak melakukan sebarang kesalahan malahan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau malu dengan keadaan itu.

Lebih mengejutkan dia dikatakan turut menawarkan kepada para penumpang yang berdekatan dengannya bahawa dia sedikit pun tidak kisah sekiranya mereka mengambil gambarnya dalam keadaan tanpa pakaian.

Setelah lelaki terbabit menaiki MRT, beliau telah dihampiri oleh seorang pegawai MRT yang bertugas dan dia bertindak dengan mempersoalkan pegawai berkenaan dengan memberitahu akan turun di Sresen Hang Hau serta turut meminta pegawai terbabit membiarkan saja beliau menaiki MRT berkenaan.



Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan dilaporkan telah ditangkap oleh beberapa pegawai MRT yang bertugas tanpa memakai pakaian seragam sewaktu tiba di Stesen North Point dan terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut laporan, lelaki terbabit ditahan polis atas pertuduhan dengan kesalahan tidak memakai pakaian di khalayak ramai.

Ekoran kejadian itu, gambar-gambar milik lelaki berkenaan telah jadi tular dan tersebar di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata berpendapat tindakan lelaki itu disifatkan sebagai gila kerana tidak berpakaian di tempat awam malahan mereka juga turut menyatakan rasa kehairanan mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian.

Selain itu, jiran kepada lelaki berkenaan turut memberikan komen tentang kejadian ini dan turut mengaku bahawa lelaki tersebut adalah jirannya, beliau dikatakan sangat peramah serta seorang lelaki yang berbudi bahasa. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.