Header Ads

Lelaki Warga Nepal Dibelasah Teruk Oleh Penduduk Selepas Ditangkap Menceroboh Masuk Sebuah Rumah

KLANG, SELANGOR - Seorang lelaki dipercayai warga Nepal dibelasah dan ditangkap oleh penduduk setempat ketika sedang cuba menceroboh masuk ke sebuah rumah di Pandamaran Jaya, lapor Berita Harian.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, penghuni rumah berkenaan yang berusia 33 tahun itu terjaga dari tidurnya selepas terdengar bunyi bising di bahagian belakang rumahnya.

Ekoran bunyi bising berkenaan, mangsa dengan segera bingkas bangun dari tempat tidurnya dan pergi memeriksa di kawasan rumahnya sebelum terlihat dua kelibat lelaki yang ingin memecah masuk ke rumahnya.

Mangsa yang terkejut dengan keadaan itu telah menghubungi jiran terdekatnya bagi mendapatkan bantuan dan telah dapat menangkap seorang suspek, namun seorang lagi suspek dapat melarikan diri dalam kejadian itu.

Suspek yang dapat ditahan telah dibelasah sehingga mengalami kecederaan dan tindakan penduduk yang geram dengan suspek telah menyebabkan suspek mengalami pendarahan teruk.

Menurut Alfazny, melalui siasatan pihaknya, mereka mendapati suspek adalah seorang warga asing dipercayai berasal dari Nepal yang kini berusia 26 tahun.


Pihak polis turut merampas sebilah pisau yang berukuran 14 sentimeter yang telah dibawa bersama suspek yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah mereka.

No comments

Powered by Blogger.