Header Ads

Menakjubkan! Mayat Mangsa Lemas Hilang Tanpa Kesan Tetapi Ditemui Dengan Menggunakan Alat Pemancing Dan Kain Kafan


SIMALUNGUN, SUMATERA UTARA - Satu rakaman video yang menunjukkan tiga orang lelaki sedang menjalankan upacara mencari satu mayat lelaki yang dipercayai telah tenggelam dalam air terjun dengan menggunakan alat memancing bersama kain kafan jadi tular di media sosial.

Menurut sumber, mayat mangsa yang tenggelam di Air Terjun Jambuara itu dinaikkan dari bawah dasar dengan hanya menggunakan alat pemancing ikan berserta kain kafan yang dilakukan oleh salah seorang daripada tiga lelaki yang dipercayai telah dijemput khas untuk melakukan pencarian tersebut selepas orang ramai tidak dapat mencarinya walaupun telah menyelam ke dasar di setiap kawasan air terjun berkenaan.

Rakaman video yang telah dirakamkan oleh seorang pengguna media sosial itu turut tersebar secara meluas apabila kejadian seperti itu dianggap sebagai satu keajaiban dan keanehan oleh netizen kerana cubaan mencari mangsa didapati gagal walaupun telah menggunakan pelbagai cara tetapi ditemui semula dengan cara yang aneh dan tidak dijangkakan.


Melalui rakaman video itu juga menunjukkan seorang lelaki menarik tali pemancing dengan berhati-hati yang ditemani oleh seorang lelaki yang memakai topi dan juga seorang lagi lelaki yang tidak berbaju sebelum satu objek didapati timbul di permukaan air yang dipercayai mayat mangsa yang terkorban akibat lemas.


Kejadian ini amat menakjubkan dan turut menarik perhatian netizen apabila mayat mangsa lemas akhirnya telah ditemui dengan cara menggunakan alat pemancing serta kain kafan sahaja tanpa menggunakan sebarang bantuan dan peralatan yang lain. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.