Header Ads

Padah Memuat Naik Gambar Motosikal Curi Dalam Group Whatsapp Disertai Mangsa, Penganggur Ditahan Polis


SEGAMAT, JOHOR - Kerana tindakan seorang lelaki dengan memuat naik gambar motosikal yang telah dicurinya ke dalam kumpulan WhatsApp untuk mengajak mana-mana wanita keluar bersiar-siar dengannya memerangkap diri sendiri apabila dia ditahan polis, semalam, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6 petang, suspek yang berusia 26 tahun didapati ditahan oleh seorang anggota polis wanita yang menyamar dengan berpura-pura membuat temu janji untuk membonceng motosikal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, suspek dikatakan memuat naik imej motosikal SYM berwarna merah di dalam kumpulan WhatsApp sambil mengajak wanita untuk menunggang bersamanya di sekitar bandar ini.

“Malangnya, dia (suspek) tidak sedar pemilik motosikal itu, lelaki berusia 40-an turut berada di dalam kumpulan WhatsApp sama, malah pernah membuat laporan kehilangan motosikalnya di Balai Polis Labis, minggu lalu.

“Pemilik berkenaan memaklumkan kepada polis dan menyedari suspek mencari teman wanita. Kami menugaskan seorang anggota polis wanita untuk menyamar meminati motosikal berkenaan dan mahu membonceng bersama dengan suspek yang dipercayai tidak mempunyai perkerjaan itu.

Anggota polis berkenaan kemudiannya telah menghubungi suspek dan turut membuat temu janji untu berjumpa di bawah jambatan yang berhampiran dengan Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang berjarak 30 meter dengan ditemani beberapa anggota polis yang lain bersembunyi di kawasan berdekatan, jelasnya.

Kemudiannya, suspek tiba di lokasi dengan senyuman setelah melihat seorang wanita yang melambai ke arahnya. Bagaimanapun, suspek terkejut setelah ditahan beberapa lelaki sewaktu ingin bersalaman dengan anggota polis wanita terbabit.

Melalu siasatan, pihaknya mendapati nombor pendaftaran motosikal berkenaan telah dipalsukan bagi menggelakan motosikal berkenaan dikesan oleh pihak berkuasa. - Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.